Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan Tuan Hj. Ishaq bin Muhammad Arif : analisis kritis terhadap doktrin, amalan dan pengaruh penyebarannya di Malaysia
Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah merupakan salah satu tarekat yang tersebar luas dan mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Terdapat beberapa kumpulan utama pengamal tarekat ini di Malaysia. Antara kumpulan yang menonjol ialah kumpulan yang dipimpin oleh Tuan Hj. Ishaq yang berpusat di Dong, Raub,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah merupakan salah satu tarekat yang tersebar luas dan mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Terdapat beberapa kumpulan utama pengamal tarekat ini di Malaysia. Antara kumpulan yang menonjol ialah kumpulan yang dipimpin oleh Tuan Hj. Ishaq yang berpusat di Dong, Raub, Pahang. Kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti tentang kumpulan ini. Tumpuannya ialah pada usaha mendedahkan dan meneliti tentang doktrin, amalan dan pengaruh penyebarannya. Ia bertujuan mengetahui, mengukur dan menilai sejauh mana ajaran dan amalan tersebut bertepatan dengan al-Qur'an, al-Sunnah dan juga pendapat para ulama khasnya ulama tasawuf. Ia juga bertujuan mengukur sejauh mana pengamalan tarekat oleh kumpulan ini bertepatan dengan ajaran dan amalan asal tarekat ini seperti yang dijelaskan oleh para tokohnya dalam rujukan-rujukan utamanya. Selain itu ia juga bertujuan mengukur keluasan pengaruh penyebaran tarekat oleh kumpulan ini di Malaysia. Maklumat-maklumat yang diperlukan diperolehi menerusi dua jenis kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan melibatkan kaedah dokumentasi dan historis (persejarahan). Buku, kaset, pita video dan rujukan-rujukan berkaitan dikumpulkan dan dikaji. Manakala kajian lapangan pula menggunkan kaedah interview (temubual) dan observasi (penelitian). Para murid khasnya para khalifah Tuan Hj. Ishaq, individu dan pihak berkenaan ditemubual. Aktiviti-aktiviti tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan para khalifah Tuan Hj. Ishaq dihadiri dan disertai. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini dianalisa secara induktif dan dedukti dengan menggunakan kaedah penganalisaan persejarahan, kritikan dan penilaian lapangan dan juga perbandingan. Hasil kajian mendapati ajaran mengenai tasawuf dan pengamalan tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan Tuan Hj. Ishaq secara keseluruhannya adalah selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ia mempunyai sandaran-sandaran yang boleh dirujuk kepada kedua-dua sumber itu di samping dapat diperkukuhkan lagi dengan pandangan para ulama tasawuf. Ia juga secara keseluruhannya bertepatan dan tidak bercanggahan dengan perkaedahan dan pengamalan asal tarekat tersebut. Kajian juga mendapati tarekat yang diamalkan oleh kumpulan yang dipimpin oelh Tuan Hj, Ishaq merupakan antara yang paling luas pengaruh penyebarannya dan paling ramai pengikutnya di Malaysia berbanding kumpulan-kumpulan lain pengamal tarekat ini. |
---|---|
Physical Description: | xxx, 483 leaves; 30 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (p. 439-455) |