Masalah guru dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah menengah kerajaan di Malaysia

Tesis ini merupakan satu kajian deskriptif tentang masalah guru dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kerajaan di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelas Aliran Ag...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mustafa Che Omar (Author)
格式: Thesis 图书
语言:Malay
主题:
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tesis ini merupakan satu kajian deskriptif tentang masalah guru dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kerajaan di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelas Aliran Agama berdasarkan persepsi dan pandangan guru bahasa Arab. Masalah yang dikaji merangkumi aspek-aspek pentadbiran dan pengurusan, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kemahiran mengajar, pemdedahan yang berterusan kepada latihan kemahiran dan sikap guru. Bagi mencapai tujuan tersebut, dua alat kajian telah digunakan iaitu soal selidik dan temu bual. Sampel soal selidik melibatkan 503 orang guru yang mewakili 47.9% daripada keseluruhan guru bahasa Arab seramai 1050 yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelas Aliran Agama di 14 negeri. Manakala sampel kajian secara temu bual pula terdiri daripada 93 guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelas Aliran Agama di 12 negeri. Kajian ini mendapati guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelas Aliran menghadapi lima aspek masalah yang signifikan. Aspek-aspek masalah tersebut ialah masalah pentadbiran dan pengurusan di peringkat pusat dan sekolah, pendedahan yang berterusan kepada latihan kemahiran, penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar serta sikap guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masalah-masalah guru bahasa Arab di Malaysia berada pada tahap serius dan memerlukan penyelesaian segera secara tersusun dan komprehensif daripada semua pihak yang berwajib. Walau bagaimanapun kajian-kajian yang berasingan dan terperinci mengenai setiap kategori masalah yang dinyatakan mungkin perlu dilaksanakan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih tepat dan munasabah.
实物描述:xxvi, 490 leaves; 30 cm.