Takhrij dan analisis hukum hadith-hadith mudarabah dalam al-sunan al-sittah

Hadith mudiirabah penting untuk dikaji kerana ianya merupakan sumber utama kepada pengamalan mudiirabah di institusi kewangan Islam khususnya di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini dapat menjamin ketepatan maklumat tentang sumber dan darjat sesebuah hadith, di samping memberi gambaran yang sebenar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faiz Hakimi Mat Idris (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2007.
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hadith mudiirabah penting untuk dikaji kerana ianya merupakan sumber utama kepada pengamalan mudiirabah di institusi kewangan Islam khususnya di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini dapat menjamin ketepatan maklumat tentang sumber dan darjat sesebuah hadith, di samping memberi gambaran yang sebenar tentang maksudnya. Justeru itu kajian ini akan mengumpul, menyenarai, menentukan bilangan dan mengenalpasti sumber asal hadith mudarabah yang terdapat dalam al-Sunan al-Sittah dan beberapa karya hadith ang lain. Untuk itu kaedah kuantitatif digunakan. Ia juga akan memberi penilaian tentang darjat sesebuah hadith dan menjelaskan kehendaknya yang sebenar berdasarkan shuriih hadith di samping merujuk kepada kitab-kitab fikah dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini juga memberi penjelasan tentang pengertian muddrabali dan ilmu takhrij serta metode-metodenya. Ini semua akan ditemui oleh pembaca dalam bab kedua. Kajian ini menemui 21 hadith muddrabab yang merangkumi 5 hadith sahih, 14 da 'if dan 2 tidak ditemui darjat. Sunan al-Diiruqutni mempunyai bilangan hadith mudiirabah yang paling banyak iaitu 7, manakala Sunan al¬Tirmidhi, al-Diirimi dan Musnad Ahmad mempunyai bilangan hadith mudiirabah yang paling sedikit iaitu satu hadith sahaja. Ini dimuatkan dalam bab ketiga. Analisis hukum pula diperincikan dalam bab keempat. Ianya menyentuh tentang aspek konsep mudiirabah, permodalan, pembahagian keuntungan, jaminan modal dan etika perkongsian. Kajian ini diakhiri dengan dapatan yang dirumuskan dalam bab kelima. Ianya merupakan hasil pengumpulan maklumat dan analisis data yang dilakukan dalam bab-bab yang sebelumnya.
Physical Description:xiv, 114 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (l. 108-114)