Ketoksikan logam kadmium, kuprum, mangan dan ferum terhadap organisma air tawar

Kajian ketoksikan akut telah dijalankan selama 4 hari menggunakan sistem statik dan diperbaharui di dalam makmal (pencahayaan 12 jam cerah: 12 jam gelap) yang dikawal suhu pada 28-30°C. Objektif kajian ini ialah mengkaji ketoksikan dan biopemekatan serta sensitiviti lapan (8) spesies organisma air t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nadzifah Yaakub (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 04714cam a2200325 7i4500
001 0000088784
005 20191212090000.0
008 150708s2015 my may
040 |a UniSZA 
050 0 0 |a QH545.C3 
090 0 0 |a QH545.C3   |b N33 2015 
100 0 |a Nadzifah Yaakub   |e author  
245 1 0 |a Ketoksikan logam kadmium, kuprum, mangan dan ferum terhadap organisma air tawar   |c Nadzifah binti Yaakub. 
246 1 0 |a Toxicity of cadmium, copper, managanese and iron to freshwater organisms. 
264 0 |c 2015. 
300 |a xxi, 265 leaves:   |b ill. (some col.);   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Doctor of Philosophy)- UKM, 2015 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 166-197) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Kajian kepustakaan -- 3. Bahan dan kaedah -- 4. Hasil kajian -- 5. Perbincangan -- 6. Kesan ketoksikan logam kadmium terhadap ikan Medaka Jepun (Oryzias Latipes) -- 7. Kesimpulan 
520 |a Kajian ketoksikan akut telah dijalankan selama 4 hari menggunakan sistem statik dan diperbaharui di dalam makmal (pencahayaan 12 jam cerah: 12 jam gelap) yang dikawal suhu pada 28-30°C. Objektif kajian ini ialah mengkaji ketoksikan dan biopemekatan serta sensitiviti lapan (8) spesies organisma air tawar terpilih iaitu udang (Macrobrachium lanchesteri), dua spesies ikan (Rasbora sumatrana dan Poecilia reticulata), siput (Melanoides tuberculata), ostrakoda (Stenocypris major), cacing (Nais elinguis), chironomid (Chironomus javanus) dan berudu (Duttaphrynus melanostictus) terhadap logam kuprum (Cu), kadmium (Cd), mangan (Mn) dan ferum (Fe). Ujian kronik bagi melihat pengawal aturan logam Cu, Cd, Mn dan Fe dalam udang M lanchesteri di dalam makmal selama 20 hari juga telah dijalankan. Kematian organisma telah direkod dan nilai kepekatan kematian median (LC50) serta masa kematian median (LT50) dianalisis menggunakan program probit. Spektrofotometer Serapan Atom (AAS) dan Spektrometer Jisim Plasma Gandingan Aruhan (ICP-MS) digunakan untuk menganalisis logam, manakala parameter kualiti air diukur menggunakan alat Hydrolab Quanta®. Biopemekatan logam dalam organisma ditentukan dengan kaedah penghadaman asid diakhir ujian ketoksikan akut 96 jam. Kajian ketoksikan kronik juga telah dijalankan selama 30 hari di makmal 'University of California Davis', Amerika Syarikat menggunakan ikan medaka juvenil, Oryzias latipes. Makanan ikan yang mengandungi logam Cd (5, 10 dan 20 mg/kg) diberikan setiap hari untuk mengkaji tumbesaran, keupayaan hidup dan biopemekatan. Purata parameter kualiti air sepanjang kajian adalah pH 6.68 ± 0.22, suhu 29.39 ± 0.47°C, kekonduksian 180 ± 46 J.lS/cm,oksigen terlarut 6.27 ± 0.27 mg/L dan keliatan air 18.72 ± 1.72 mg/L. Hasil kajian ini mendapati ketoksikan logam adalah berbeza bergantung kepada logam dan organisma kajian. Masa dan kepekatan kematian median (LT50 dan LC50) masing-rnasing meningkat dengan pengurangan kepekatan pendedahan dan masa bagi semua logam. Berdasarkan nilai kepekatan kematian median (96 jam-LC50), didapati bahawa logam Cu dan Cdadalah paling toksik terhadap organisma. Logam Cu paling toksik terhadap R. sumatrana, P. reticulata, M. tuberculata, N elinguis dan D. melanostictus, manakala Cd paling toksik terhadap M. lanchesteri, C.javanus dan S. major. Hasil ujian biopemekatan pula mendapati kepekatan logam dalam tisu organisma meningkat dengan peningkatan kepekatan pendedahan. Sensitiviti organisma adalah berbeza bergantung kepada organisma, masa pendedahan dan logam kajian. Kajian bagi menentukan pengawal aturan logam Cu, Cd, Mn dan Fe dalam udang M lanchesteri menunjukkan tiada trend yang nyata terhadap pengawal aturan logam berdasarkan data biopemekatan. Hasil kajian kronik ikan medaka pula mendapati tumbesaran ikan tidak berbeza secara signifikan berbanding ikan kawalan (p>0.05). Kematian hanya berlaku pada kepekatan makanan tertinggi iaitu 20 mg/kg sebanyak 15%. Hasil biopemekatan dalam tisu ikan menunjukkan ia meningkat dengan peningkatan kepekatan makanan yang diberikan. Kajian ini juga menentukan kriteria kepekatan maksimum (CMC) logam bagi ekosistem air tawar di Malaysia. Berdasarkan separuh dari nilai akut akhir (FAV) bagi Cu, Cd, Fe dan Mn, nilai CMC masing-rnasing adalah 1.3,1.5,37.2 dan 39.1 j..ug/L. 
610 2 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia --   |x Dissertations  
650 0 |a Dissertations, Academic  
650 0 |a Cadmium --   |x Toxicity testing  
650 0 |a Cadmium --   |x Environmental aspects  
650 0 |a Cadmium --   |x Toxicology  
710 2 |a Universiti Kebangsaan Malaysia  
999 |a 1000164755  |b Thesis  |c Reference  |e Tembila Thesis Collection