Konsep perekayasaan modal insan menurut Sayyid Qutb : analisis terhadap Fi Zilal Al-Quran

Sayyid Qutb (1906-1966) merupakan salah seorang cendekiawan Islam abad ke 20 yang begitu menonjol dalam memperkatakan tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Melihat kepada situasi semasa, fenomena kerendahan kualiti modal insan dalam negara Islam pada hari ini telah mendapat perhatian pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shafiee Hamzah (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sayyid Qutb (1906-1966) merupakan salah seorang cendekiawan Islam abad ke 20 yang begitu menonjol dalam memperkatakan tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Melihat kepada situasi semasa, fenomena kerendahan kualiti modal insan dalam negara Islam pada hari ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak dengan tumpuan perbincangan terarah kepada kegagalan modal insan dalam negara Islam untuk bersaing dengan modal insan negara bukan Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep perekayasaan modal insan perspektif Sayyid Qutb berdasarkan karya tafsir beliau iaitu Fi Zilal Al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan strategi kajian tertumpu kepada teks Tafsir Fi Zilal Al-Quran sebagai kes kajian (case study). Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dengan menerapkan metode induktif dan metode deduktif bagi proses menganalisis data. Dalam pendekatan induktif, pemerhatian yang khusus diberikan kepada pentafsiran Sayyid Qutb terhadap ayat-ayat al-Quran yang menyentuh komponen perekayasaan modal insan di dalam tafsir Fi Zilal Al-Quran bagi tujuan untuk mengeluarkan kesimpulan umum terhadap perekayasaan modal insan cemerlang. Sementara itu, dalam pendekatan deduktif pula, satu kesimpulan yang lebih khusus dibuat dalam mengenal pasti relevansi yang wujud di antara konsep perekayasaan modal insan perspektif Sayyid Qutb dengan dasar perekayasaan modal insan di Malaysia. Analisis terhadap teks Tafsir Fi Zilal Al-Quran memperlihatkan konsep perekayasaan modal insan perspektif Sayyid Qutb merangkumi tiga komponen yang penting yang menjadi landasan kepada konsep tersebut iaitu potensi modal insan, mekanisme perekayasaan modal insan dan elemen perekayasaan modal insan dan perekayasaan modal insan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa i- Manusia merupakan khalifah di bumi yang memiliki darjat yang tinggi dalam tatanan alam semesta dan bukannya seperti dakwaan sarjana Barat yang merendahkan darjat manusia dengan mengkategorikan manusia dalam kelompok sumber pengeluaran seperti tanah, wang dan infrastruktur. ii- Potensi fitrah dikenal pasti sebagai potensi yang terpenting untuk direkayasa dalam modal insan dan potensi ini telah diabaikan oleh Barat yang hanya memberi penekanan kepada empat potensi iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelektual iii- Mekanisme akidah tauhid merupakan mekanisme terpenting dalam perekayasaan modal insan di samping mekanisme kesihatan, ilmu pengetahuan bermanfaat, pensyaratan ibadat dan akhlak mahmudah. iv- Terdapat lima elemen pengukuhan mekanisme perekayasaan yang dikenal pasti iaitu membetulkan tasawur kehidupan, penerapan budaya keilmuan Islam, perluasan skop ibadat, pemerkasaan elemen latihan dan penerapan budaya kerja Islam. v- Terdapat relevansi antara konsep perekayasaan modal insan perspektif Sayyid Qutb dengan dasar-dasar perekayasaan modal insan di Malaysia dari sudut mekanisme akidah, ilmu pengetahuan, akhlak mahmudah dan al-Quran sebagai sumber perekayasaan modal insan.
Physical Description:xxi, 282 leaves: ill.; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 274-282)