Pendekatan dakwah kepada remaja di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah institusi yang berperanan sebagai penempatan untuk perlindungan dan pemulihan remaja bermasalah. Petugas JKM menjadi agen yang bertanggungjawab membentuk akhlak remaja melalui institusi Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Tunas Harapan. Kebanyakan k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah institusi yang berperanan sebagai penempatan untuk perlindungan dan pemulihan remaja bermasalah. Petugas JKM menjadi agen yang bertanggungjawab membentuk akhlak remaja melalui institusi Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Tunas Harapan. Kebanyakan kajian lepas lebih memberi tumpuan kepada keberkesanan program institusi dan faktor tingkah laku remaja delinkuen berbanding menerokai masalah dan cabaran petugas JKM. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti aktiviti yang dilaksanakan di institusi serta mengenalpasti masalah remaja bermasalah di institusi. Selain itu, mengkaji pendekatan dakwah petugas JKM untuk mendekati remaja bermasalah, pendekatan petugas JKM memulihkan mereka dan cabaran yang dihadapi petugas JKM ketika berhadapan remaja bermasalah di institusi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan temu bual dan pemerhatian. Dapatan dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti dan Smart Draw. Hasil dapatan menunjukkan analisis aktiviti institusi JKM dipecahkan kepada empat bahagian iaitu program kaunseling dan motivasi, program keagamaan, program khidmat masyarakat dan program sukan. Antara analisis pendekatan dakwah JKM ialah hikmah, nasihat, al-mujaddah, memberi khabar gembira dan peringatan, dakwah bil-hal, komunikasi, qudwah hasanah dan dakwah fardiyyah. Dapatan juga mendapati lima jenis cabaran dihadapi oleh petugas JKM iaitu pentadbiran, remaja, pengetahuan, pengalaman dan diri sendiri. Kajian ini memberi implikasi berkaitan keperluan meningkatkan kompetensi petugas JKM bagi membantu keberkesanan pendekatan dakwah kepada remaja di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui pemberdayaan program motivasi keagamaan kepada seluruh petugas JKM. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan seperti mewujudkan unit dakwah di institusi, selain mempertingkatkan disiplin dan pemantauan di institusi. Seterusnya dicadangkan program pemberdayaan petugas JKM dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan pengisian rohani, serta meningkatkan latihan kemahiran kepada semua petugas JKM. Selain itu, kajian mencadangkan penambahan program motivasu petugas JKM untuk mendapatkan pembinaan sikap dan perubahan imej sebagai seorang pembimbing dan pendidik kepada remaja institusi. |
---|---|
Physical Description: | xix, 441 leaves: ill.; 30 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (leaves 282-288) |