Pendekatan dakwah kepada remaja di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah institusi yang berperanan sebagai penempatan untuk perlindungan dan pemulihan remaja bermasalah. Petugas JKM menjadi agen yang bertanggungjawab membentuk akhlak remaja melalui institusi Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Tunas Harapan. Kebanyakan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salehah Abdullah (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 03514cam a2200313 7i4500
001 0000090306
005 20200723090000.0
008 170104s2015 my may
040 |a UniSZA 
050 0 0 |a BP43.1 
090 0 0 |a BP43.1   |b .S25 2015 
100 0 |a Salehah Abdullah   |e author  
245 1 0 |a Pendekatan dakwah kepada remaja di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu   |c Salehah Abdullah. 
264 0 |c 2015. 
300 |a xix, 441 leaves:   |b ill.;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Dakwah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2015 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 282-288) 
520 |a Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah institusi yang berperanan sebagai penempatan untuk perlindungan dan pemulihan remaja bermasalah. Petugas JKM menjadi agen yang bertanggungjawab membentuk akhlak remaja melalui institusi Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Tunas Harapan. Kebanyakan kajian lepas lebih memberi tumpuan kepada keberkesanan program institusi dan faktor tingkah laku remaja delinkuen berbanding menerokai masalah dan cabaran petugas JKM. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti aktiviti yang dilaksanakan di institusi serta mengenalpasti masalah remaja bermasalah di institusi. Selain itu, mengkaji pendekatan dakwah petugas JKM untuk mendekati remaja bermasalah, pendekatan petugas JKM memulihkan mereka dan cabaran yang dihadapi petugas JKM ketika berhadapan remaja bermasalah di institusi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan temu bual dan pemerhatian. Dapatan dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti dan Smart Draw. Hasil dapatan menunjukkan analisis aktiviti institusi JKM dipecahkan kepada empat bahagian iaitu program kaunseling dan motivasi, program keagamaan, program khidmat masyarakat dan program sukan. Antara analisis pendekatan dakwah JKM ialah hikmah, nasihat, al-mujaddah, memberi khabar gembira dan peringatan, dakwah bil-hal, komunikasi, qudwah hasanah dan dakwah fardiyyah. Dapatan juga mendapati lima jenis cabaran dihadapi oleh petugas JKM iaitu pentadbiran, remaja, pengetahuan, pengalaman dan diri sendiri. Kajian ini memberi implikasi berkaitan keperluan meningkatkan kompetensi petugas JKM bagi membantu keberkesanan pendekatan dakwah kepada remaja di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui pemberdayaan program motivasi keagamaan kepada seluruh petugas JKM. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan seperti mewujudkan unit dakwah di institusi, selain mempertingkatkan disiplin dan pemantauan di institusi. Seterusnya dicadangkan program pemberdayaan petugas JKM dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan pengisian rohani, serta meningkatkan latihan kemahiran kepada semua petugas JKM. Selain itu, kajian mencadangkan penambahan program motivasu petugas JKM untuk mendapatkan pembinaan sikap dan perubahan imej sebagai seorang pembimbing dan pendidik kepada remaja institusi. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Dissertations  
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies  
650 0 |a Adolescent psychology --   |z Malaysia  
650 0 |a Da'wah (Islam) -- Methodology  
650 0 |a Youth -- Malaysia -- Psychology  
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin  
999 |a 1000167514  |b Thesis  |c Reference  |e Badak Bibliographic & Index Unit