Tadbir urus dan pengurusan kewangan koperasi di Malaysia

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penilaian pematuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan terhadap prestasi kewangan koperasi di Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dengan mengambil kira penglibatan teori perkongsian semasa penubuhan koperasi yang memberi kesan terhada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zelhuda Shamsuddin (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 03834cam a2200265 7i4500
001 0000090391
005 20191217090000.0
008 170220s2016 my may
050 0 0 |a HD2963 
090 0 0 |a HD2963   |b .Z45 2016 
100 0 |a Zelhuda Shamsuddin   |e author  
245 1 0 |a Tadbir urus dan pengurusan kewangan koperasi di Malaysia   |c Zelhuda Shamsuddin. 
264 0 |c 2016. 
300 |a xiv, 252 leaves:   |b illustration;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016 
504 |a Includes bibliographical references (p. 217-235) 
520 |a Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penilaian pematuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan terhadap prestasi kewangan koperasi di Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dengan mengambil kira penglibatan teori perkongsian semasa penubuhan koperasi yang memberi kesan terhadap struktur pemilikan dan seterusnya menjadi instrumen kepada konflik agensi di dalam koperasi. Kajian ini dimulakan dengan kemajuan gerakan koperasi di Malaysia, teori penubuhan koperasi, teori kontrak dan teori agensi sebagai teori asas bagi tadbir urus koperasi. Kajian ini mendapati bahawa dalam situasi sebenar, kontrak agensi masih tidak lengkap disebabkan oleh konflik agensi. Oleh itu, kajian ini menggabungkan pendekatan Tauhid sebagai prinsip asas dalam kontrak agensi Islam bagi mengatasi konflik agensi. Kajian lepas berkenaan tadbir urus yang diketengahkan dalam kajian ini menyatakan keberkesanan pelaksanaan tadbir urus akan membolehkan peningkatan prestasi kewangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menyatakan tadbir urus tidak memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi kewangan firma. Namun begitu, isu ketidakselarasan ini masih belum dikaji secara empirikal pada koperasia. Oleh itu, kajian ini menganalisis kesan tadbir urus terhadap prestasi kewangan dengan mengambil kira 100 koperasi terbaik bagi tahun 2012-2014 menggunakan kaedah penganggaran data panel statik. Kajian ini mengetengahkan ciri-ciri spesifik koperasi dan pengukuran prestasi koperasi yang belum digunakan dalam kajian sebelum ini. Selain itu, kajian ini turut mengetengahkan prinsip tadbir urus yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa tadbir urus memberi kesan signifikan yang positif terhadap pulangan atas ekuiti (ROE) dan pulangan atas modal diguna (ROCE) tetapi tidak memberi kesan terhadap pulangan atas aset (ROA) sama seperti beberapa kajian lepas. Kajian ini juga mengkaji faktor penentu prestasi kewangan bagi 100 koperasi terbaik dalam tempoh tahun 2010-2014 dan analisis dibuat menggunakan kaedah penganggaran data panel dinamik, iaitu Generalized Methods of Moment (GMM). Hasil kajian menunjukkan bahawa koperasi menghadapi masalah kos agensi yang melibatkan pengurusan struktur modal dan kecairan yang tidak memberi peningkatan kepada prestasi. Manakala faktor pelaburan didapati memberi impak secara positif dan signifikan ke atas prestasi. Dapatan lain menunjukkan bahawa faktor dividen dan manfaat anggota mempunyai hubungan yang negatif tetapi signifikan dengan prestasi. Kajian ini juga membuktikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) tidak memberi impak ke atas prestasi. Diharapkan dengan bukti empirikal pada koperasi ini, dapat memberi sumbangan yang lebih komprehensif tentang tadbir urus dan pengurusan kewangan, dan disertai dengan cadangan dan implikasi dasar yang berkaitan. 
610 2 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia --   |x Dissertations  
650 0 |a Cooperative societies -- Management  
650 0 |a Cooperative societies -- Officials and employees  
710 2 |a Universiti Kebangsaan Malaysia  
999 |a 1000167792  |b Thesis  |c Reference  |e Badak Bibliographic & Index Unit