Implikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan undang-undang tubuh kerajaan Johor 1312 (1895)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ) telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Perlembagaan ini dianggap oleh sarjana sebagai satu daripada pemodenan Kerajaan Johor. Pemodenan yang dilakukan dalam era Sultan Abu Bakar berkait rapat dengan hubungan luar Johor t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanif Md Lateh @ Junid (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ) telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Perlembagaan ini dianggap oleh sarjana sebagai satu daripada pemodenan Kerajaan Johor. Pemodenan yang dilakukan dalam era Sultan Abu Bakar berkait rapat dengan hubungan luar Johor terutamanya dengan pihak British. Bagaimanapun, UTKJ bukan sahaja dikaitkan dengan British, tetapi turut disepadankan denga Riau, Turki dan Islam. Oleh itu, kontradiksi pandangan sarjana tentang sumber UTKJ diselesaikan dengan menentukan sumber sebenar penggubalan UTKJ. Penentuan ini menggunakan hubungan luar sebagai indikator yang mengabsahkan sumber tersebut. Kajian bermatlamat membahaskan pandangan sarjana tentang sumber UTKJ. Seterusnya, kajian bertujuan mencerakinkan sumber penggubalan serta menyimpulkan hubungan luar Johor dari sudut kesepadanan dan impak terhadap pembentukan UTKJ. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengaplikasi reka bentuk analisis kandungan (content analysis) dan kajian sejarah (historicl study). Data kajian ialah dokumen sumber primer, iaitu teks Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen arkib. Kajian juga menggunakan penulisan primer dan sekunder sistem politik Melayu, British, Arab-Islam dan Riau. Manakala bagi tujuan pengesahan data kajian, teks UTKJ telah melalui proses kritikan luaran dan dalaman. Selanjutnya, proses analisis bahagian sumber penggubalan melibatkan ujian kesepadanan 69 item yang dibina dengan sumber Arab-Islam-Melayu, British dan Riau. Kajian telah mengaplikasi tatacara komparatif bagi menganalisis kesepadanan dan impak hubungan luar terhadap penggubalan UTKJ. Keseluruhannya, kajian mendapati sumber Arab-Islam-Melayu dan Riau menjadi asas utama UTKJ. Kajian turut mendapati hubungan luar Johor semasa era Sultan Abu Bakar memberi sumbangan signifikan terhadap penggubalan UTKJ. Dengan itu, kesepadanan dan impak hubungan luar era Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan UTKJ adalah sangat jelas. Keseluruhannya, kajian ini menyelesaikan kontradiksi sarjana tentang sumber yang membentuk UTKJ dan sekaligus mengesahkan hubungan luar sebagai indikator penggubalannya.
Physical Description:xv, 440 leaves: illustration; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (p. 340-353)