Kesan ADDX, aditif minyak masak terhadap hipertensi aruhan minyak sayuran yang dipanaskan berulang kali dalam model tikus

Pengambilan berpanjangan minyak sayuran yang dipanaskan berulang kali boleh meningkatkan tekanan darah dan menggalakkan aterosklerosis seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Peningkatan tekanan darah adalah disebabkan oleh disfungsi endotelium, peningkatan reaktiviti vaskular dan ke...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Hawa Nordin (Author)
格式: Thesis 图书
语言:Malay
主题:
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pengambilan berpanjangan minyak sayuran yang dipanaskan berulang kali boleh meningkatkan tekanan darah dan menggalakkan aterosklerosis seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Peningkatan tekanan darah adalah disebabkan oleh disfungsi endotelium, peningkatan reaktiviti vaskular dan ketidakseimbangan antara faktor vasorelaksasi dan vasokonstriksi. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan ADDX yang kaya polifenol ke atas hipertensi aruhan minyak sawit yang dipanaskan berulang kali pada tikus. Tikus Sprague Dawley jantan dewasa (n = 56) dibahagikan kepada tujuh kumpulan: kumpulan kawalan yang diberi diet biasa dan kumpulan-kumpulan lain yang diberi diet yang diperkaya dengan 15% berat/berat sama ada minyak sawit segar (FPO), minyak sawit yang dipanaskan lima kali (5HPO) atau minyak sawit yang dipanaskan sepuluh kali (10HPO) tanpa ADDX atau dengan suplementasi ADDX (FPO+ADDX, 5HPO+ADDX, 10HPO+ADDX). ADDX diberi dalam diet dengan nisbah dos 1: 10 (ADDX: minyak masak). Darah tikus diambil sebelum dan selepas 16 minggu tempoh kajian. Suplementasi ADDX mengurangkan tekanan darah sistolik seawal 8 minggu. Ia juga menurunkan aras bahan reaktif asid tiobarbiturik (TBARS), tromboksan plasma serta enzim penukar angiotensin-1 (ACE1) serum dalam kumpulan 5HPO+ADDX berbanding 5HPO. Perubahan ini tidak terdapat pada kumpulan 1OHPO+ADDX. Aras nitrik oksida (NO) plasma kumpulan 5HPO+ADDX didapati meningkat secara signifikan berbanding 5HPO. Kesan yang sama tidak dilihat pada kumpulan 10HPO+ADDX. Aras hem oksigenase-1 (HO-1) serum kumpulan 5HPO+ADDX dan 10HPO+ADDX didapati meningkat secara signifikan berbanding kumpulan 5HPO dan 10HPO. ADDX tidak memberi kesan yang signifikan ke atas aras prostasiklin plasma dalam kesemua kumpulan. 5HPO dan lOHPO meningkatkan tindak balas vasokonstriksi terhadap fenilefrin manakala mengurangkan tindak balas vasorelaksasi terhadap asetilkolin dan natrium nitroprusida. Tindak balas vasokonstriksi terhadap fenilefrin berkurang secara signifikan dalam kumpulan 5HPO+ADDX berbanding 5HPO tetapi tidak dalam kumpulan 1OHPO+ADDX berbanding 1OHPO. ADDX sebaliknya tidak memberi kesan ke atas tindak balas vasorelaksasi terhadap asetilkolin dan natrium nitroprusida bagi kesemua kumpulan. 5HPO dan 1OHPO meningkatkan ketebalan dan luas permukaan intimamedia serta meningkatkan tegangan lilitan dinding aorta. Perubahan histomorfometri ini adalah lebih rendah secara signifikan pada kumpulan 5HPO+ADDX berbanding 5HPO tetapi tidak dalam kumpul n 1OHPO+ADDX berbanding 1OHPO. Hasil kajian ini menyarankan bahawa suplementasi ADDX mencegah peningkatan tekanan darah akibat pengambilan 5HPO. Mekanisme tindakan ADDX dalam mencegah peningkatan tekanan darah aruhan minyak masak yang dipanaskan berulang kali berkemungkinan melalui penurunan pada reaktiviti vaskular, tekanan oksidatif, tromboksan dan ACE1 serta peningkatan pada NO dan HO-1. ADD juga mengurangkan perubahan histomorfometri aorta yang disebabkan oleh hipertensi aruhan minyak masak yang dipanaskan berulang kali.
实物描述:xv, 115 leaves: illustration (some col.); 30 cm.
参考书目:Includes bibliographical references (leaves 90-104)