Gelagat perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu Muslim menurut perspektif syariah

Senario perkahwinan pada masa kini memperlihatkan perbelanjaan yang diperlukan untuk persiapan perkahwinan semakin meningkat. Mereka yang ingin berkahwin perlu menyediakan sejumlah wang untuk mem nuhi pelbagai bentuk elemen perbelanjaan bagi menjayakan sambutan perkahwinan mengikut adat perkahwinan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syh Noorul Madihah Syed Husin (Author)
Format: Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Senario perkahwinan pada masa kini memperlihatkan perbelanjaan yang diperlukan untuk persiapan perkahwinan semakin meningkat. Mereka yang ingin berkahwin perlu menyediakan sejumlah wang untuk mem nuhi pelbagai bentuk elemen perbelanjaan bagi menjayakan sambutan perkahwinan mengikut adat perkahwinan masyarakat Melayu dan trend semasa. Kesannya, ada dalam kalangan muda mudi hari ini terlibat dengan isu berhutang untuk tujuan perkahwinan, pergaulan bebas antara pasangan sebelum berkahwin dan berkahwin di lewat usia. Berdasarkan realiti ini, cukup menarik untuk dilihat apakah seb narn a yang telah dibelanjakan oleh masyarakat Melayu Muslim masa kini? Adakah apa yang dibelanjakan dan gaya perbelanjaan mereka menepati apa yang dianjurkan dalam Islam? Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan elemen perbelanjaan perkahwinan yang wujud dalam tatacara perkahwinan Islam dan menganalisis kedudukan elemen perbelanjaan dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Kajian juga mengkaji apakah parameter perbelanjaan perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Di samping itu, kajian turut mengkaji dan menilai gelagat perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu Muslim dari perspektif syariah. Bagi tujuan tersebut, kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual digunakan dalam proses pengumpulan data. Sebanyak 8 buah majlis perkahwinan dijadikan lokasi pernerhatian dan seramai 30 pasangan Melayu Muslim yang dipilih melalui prosedur persampelan bertujuan dijadikan sebagai informan utama kajian untuk ditemu bual. Selain itu, seramai 3 orang yang berkepakaran dalam bidang fiqah dan 2 orang perunding perkahwinan turut dijadikan sebagai informan. Melalui perisian ATLAS.ti versi 7.5.6, penganalisisan dilakukan dengan melibatkan langkah proses pentranskripan, penyusunan data, pengekodan, pengkategorian dan rumusan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mernemukan elernen perbelanjaan dalam tatacara perkahwinan Islam hanya tertumpu pada mas kahwin, walimah dan persiapan meraikan pasangan. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk elemen perbelanjaan dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu yang bertujuan untuk memenuhi amalan yang patuh syariah, dan juga amalan yang tidak patuh syariah. Kajian mendapati terdapat enam parameter perbelanjaan perkahwinan yang telah dianjurkan oleh Islam. Selain itu, kajian turut menunjukkan daripada empat sumber perbelanjaan informan, didapati tiga daripadanya merupakan sumber yang digalakkan dalam Islam. Dari aspek apa yang dibelanjakan oleh informan, kebanyakannya terdiri daripada elemen yang ti ak dinaskan syarak namun mernenuhi amalan patuh syariah. Dari sudut corak perbelanjaan informan pula, kajian menemukan sebahagiannya mempunyai nilai-nilai positif yang menerapkan parameter perbelanjaan yang dianjurkan oleh Islam. Walaupun begitu, terdapat juga informan yang berbelanja dengan cara yang tidak digalakkan dalam Islam apabila perbelanjaan itu tidak selari dengan konsep kemanfaatan, kesederhanaan dan kemampuan berbelanja.
Physical Description:xviii, 417 leaves: illustration; 30 cm.