Penguasaan hafazan murid kelas aliran agama (KAA) Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Marang Terengganu

Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan di sekolah menengah kebangsaan bagi memperkasakan budaya menghafaz al-Ouran melalui mata pelajaran kemah iran al-Ouran, Justeru, kajian ini bertujuan memperihalkan persepsi terhadap hafazan, menilai tahap penguasaan hafazan serta menganalisa perkaitan yang signifi...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Azanol Muda (Author)
格式: Thesis 圖書
語言:Malay
主題:
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan di sekolah menengah kebangsaan bagi memperkasakan budaya menghafaz al-Ouran melalui mata pelajaran kemah iran al-Ouran, Justeru, kajian ini bertujuan memperihalkan persepsi terhadap hafazan, menilai tahap penguasaan hafazan serta menganalisa perkaitan yang signifikan antara variabel sosio demografi dengan tahap penguasaan hafazan murid KAA sekolah menengah kebangsaan daerah Marang. Seramai 95 orang daripada populasi 127 orang murid sekoJah menengah kebangsaan daerah Marang telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan mixed method iaitu mengabungkan pendekatan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Data dikutip dengan menggunakan teknik temubual berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian ikut serta. Uji hafaz turut digunakan bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan teknik crosstab dan kolerasi product moment dan seterusnya dibuat interpretasi secara deskriptif dengan menggunakan alat statistik mudah seperti jadual kekerapan, peratusan, dan rajah di mana perlu. Secara keseluruhan, kajian mendapati murid KAA di sekolah menengah kebangsaan daerah Marang beranggapan hafazan al-Ouran adalah rumit dan membebankan. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan hafazan mereka berada pada tahap sederhana tinggi (81 %), berbanding tahap rendah (7.4%) dan tahap tinggi (11.6%). Tahap penguasaan tersebut mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor umur mula mengaji al-Ouran (r + 0.324**, p<0.001 dan minat menghafaz al-Ouran (+ 0.229*, p<O.004). Dapatan ini menampakkan belajar seawal usia dan minat boleh dianggap sebagai antara faktor penyumbang utama kepada peningkatan tahap penguasaan hafazan murid KAA. Oleh yang demikian kedua-dua faktor ini perlu diambil kira dalam usaha pemerkasaan dan penambahbaikan mutu hafazan murid KAA. Hasil kajian juga menunjukkan perlunya satu modul pengajaran dan pembelajaran hafazan yang bersistematik dan lebih efektif di KAA agar dapat melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah yang berkualiti dan berwibawa.
實物描述:xxi, 208 leaves: some colour illustrations; 30 cm.
參考書目:Includes bibliographical references (pages 194-200)