Pengajian tarannum al-Quran di Terengganu dari tahun 1960-2013: kajian terhadap metodologi pengajaran Rogayah binti Sulong

Kajian ini memfokuskan kepada pengajian tarannum al-Quran di negeri Terengganu antara tahun 1960 hingga tahun 2013 dari aspek perkembangan tarannum sejak awal kedatangan Islam dan faktor kewujudan ilmu tarannum. Metodologi yang digunakan secara kajian historis, kajian dokumentasi, kajian tokoh, kaed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Najmiah Omar (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada pengajian tarannum al-Quran di negeri Terengganu antara tahun 1960 hingga tahun 2013 dari aspek perkembangan tarannum sejak awal kedatangan Islam dan faktor kewujudan ilmu tarannum. Metodologi yang digunakan secara kajian historis, kajian dokumentasi, kajian tokoh, kaedah pemerhatian turut serta dan kajian temubual. Empat objektif kajian ini melibatkan perkembangan ilmu tarannum di Terengganu dan faktor kewujudannya. Selain itu, tesis ini membincangkan demografi 25 orang qari dan qariah negeri Terengganu dan faktor kejayaan mereka. Begitu juga, tesis ini mengkaji latar belakang Hajjah Rogayah binti Sulong yang telah mendominasi kemenangan menjadi johan di peringkat negeri sebanyak tujuh kali dan sumbangan beliau dalam bidang tarannum. Kajian ini turut menilai metodologi yang dipraktiskan oleh Hajjah Rogayah dalam pengajaran tarannum. Hasil kajian mendapati wujud kesinambungan ilmu tarannum ejak dari awal kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang terdiri daripada qari al-Quran. Mereka mengajar al-Quran kepada masyarakat dengan membawa tarannum aliran Hijazi. Di samping itu, terdapat dokongan istana yang prihatin terhadap pengajian alQuran dan agama. Antara tokoh terawal yang terkenal ialah Haji Mat Lintar seorang qari istana yang mengasas Persatuan Qurra' Terengganu yang menjadi guru kepada Hajjah Rogayah binti Sulong dan tokoh-tokoh tarannum yang lain. Ilmu tarannum di Terengganu turut mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Setelah kematian Haji Mat Lintar, Menteri Besar negeri Terengganu menjemput Haji Ahmad bin Matsom Pergau untuk mengajar ilmu tarannum di masjid-masjid di sekitar negeri Terengganu yang membawa aliran misri. Dari situ, lahir tokoh tarannum melalui anak murid Haji Ahmad bin Matsom Pergau dan Hajjah Rogayah binti Sulong yang aktif mengajar tarannum al-Quran.
Physical Description:xxi, 341 leaves: some colour illustrations; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 286-297)