Cabaran perpaduan kaum berasaskan sensitiviti agama dalam kalangan belia universiti awam Malaysia

Isu agama sering digunakan sebagai perantaraan apabiIa tercetusnya konflik perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Konflik perpaduan kaum menghadapi pelbagai ancaman dan serangan musuh sama ada daripada Iuar atau dalam negara. Isu agama didapati menjadi antara faktor yang menyumbang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Khatijah Yasin (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu agama sering digunakan sebagai perantaraan apabiIa tercetusnya konflik perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Konflik perpaduan kaum menghadapi pelbagai ancaman dan serangan musuh sama ada daripada Iuar atau dalam negara. Isu agama didapati menjadi antara faktor yang menyumbang kepada konflik perpaduan kaum, Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran perpaduan kaum berasaskan sensitiviti agama dalam kalangan belia Universiti Awam Malaysia. F okus kaj ian ini adalah untuk mengenal pasti masaJah perpaduan kaum yang ditimbulkan dalam masyarakat. Selain itu, kajian ini juga akan meneliti hubungan antara penerimaan belia dan sensitiviti agama terhadap masalah perpaduan kaum yang ditimbulkan dalam masyarakat. Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW digunakan sebagai panduan dan isi kandungan perlembagaan ini disesuaikan dalam skop kajian yang akan dijalankan. Kajian ini memfokuskan kepada golongan belia universiti awam (UA) di Pantai Timur yang terdiri daripada warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah gabungan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 362 orang responden sebagai sarnpel kajian yang telah diambil dari tiga Universiti Awam (VA) dan penggunaan kaedah kualitatif yang melibatkan sampel kajian seramai lapan responden yang diambil untuk menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan peri sian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 20.0 dan dilaporkan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan mendapati kesemua pernboleh ubah dalam kajian ini mempunyai hubungan dengan masalah perpaduan kaum yang ditimbulkan dalam masyarakat. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang positif serta sumbangan kepada belia, pihak universiti, NGO, kerajaan dan sebagainya bagi mengetahui dan mengatasi permasalahan yang timbul dalam kalangan mereka khususnya berkaitan masaJah perpaduan kaum di Malaysia.
Physical Description:xvi, 183 leaves: some colour illustrations; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 167-183)