Aplikasi konsep mutawatir dalam ilmu qiraat sebagai kaedah penentu kesahan dan kebolehpercayaan data dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam

Terdapat beberapa kaedah dalam tradisi keilmuan Islam bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan rnaklurnat, khususnya berkaitan ilmu wahyu. Antara kaedah tersebut ialah san ad mutawatir dalam ilmu qiraat. Sanad mutawatir merupakan salah satu daripada tiga syarat bagi qiraat mutawdtirat. Namun b...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Sakinah Ab Aziz (Author)
格式: Thesis 圖書
語言:Malay
主題:
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Terdapat beberapa kaedah dalam tradisi keilmuan Islam bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan rnaklurnat, khususnya berkaitan ilmu wahyu. Antara kaedah tersebut ialah san ad mutawatir dalam ilmu qiraat. Sanad mutawatir merupakan salah satu daripada tiga syarat bagi qiraat mutawdtirat. Namun begitu, timbul beberapa persoalan penting dalam kajian ini. Bolehkah sanad mutawatir dijadikan satu konsep kepada kaedah penentu kesahan dan kebolehpercayaan data (KPKKD) dalam penyelidikan yang berkaitan Islam dan orang Islam? Bagaimanakah KPKKD yang terdapat dalam ilmu qiraat iaitu sanad mutawatir sesuai digunakan dalam mernbina suatu kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPBI)? Berdasarkan persoalan tcrsebut, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti sejarah ilmu qirilil\, Kedua, menganalisis KPKKD berdasarkan konsep mutawatir. Ketiga, 111l::rumuskan aplikasi konsep mutawatir dalarn KPBI. Bagi mencapai kesemua qbjektif lilli, kajian dokumen yang berbentuk kualitatif asas ini menggunakan kaedgj, analisis kandungan. Kaedah analisis kandungan dilakukan bagi mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis semua dokumen yang berkaitan ilmu qiraat khususnya sanad mutawatir. Hasil kajian mendapati terdapat tiga elemen utama bagi konsep mutawatir. Elemen-elemen tersebut ialah ciri-ciri pcrawi, bilangan perawi, dan kaedah talaqql. Elemen-elemen tersebut dianalisis, dirumuskan, dan terhasil 33 manfaat. Kesemua elemen dan manfaat tersebut diaplikasikan terhadap pengkaji, infonnan, dan data. Berasaskan elemen dan manfaat konsep mutawatir ini, KPKKD dalam KPBI dibina. Konsep ini menghasilkan tiga kekuatan iaitu al-yaqln (keyakinan), al-thiqat (kepercayaan), dan al-jawdat (kualiti) di samping matlamat utama adalah mardiit Allah SWT dan keberkatan-Nya. Selain tiga kekuatan tersebut, kajian ini mengetengahkan penggunaan ilmu tradisional Islam dalam KPBI. Malah, ilmu-ilmu tradisional Islam terbukti sebagai perintis dalam kaedah pengumpulan data sebagaimana yang ada dalam ilmu qiraat. Penggunaan konsep mutawatir pula dapat menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data penyelidikan secara mendalam dan holistik.
實物描述:xvii, 302 leaves: illustrations (some colour); 31 cm.
參考書目:Includes bibliographical references (leaves 280-298)