Kesan peraturan terhadap kecekapan perbankan Islam di Malaysia
Krisis kewangan global baru-baru ini telah mewujudkan cabaran baharu dalam kalangan institusi kewangan terutamanya bank-bank Islam, yang merupakan institusi yang baru dibangunkan pada tahun 1983 di Malaysia. Bank-bank Islam ini perlu berperanan khusus untuk melindungi pelabur dan pengguna, dan juga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Krisis kewangan global baru-baru ini telah mewujudkan cabaran baharu dalam kalangan institusi kewangan terutamanya bank-bank Islam, yang merupakan institusi yang baru dibangunkan pada tahun 1983 di Malaysia. Bank-bank Islam ini perlu berperanan khusus untuk melindungi pelabur dan pengguna, dan juga untuk memastikan kestabilan sistem dan kecekapan dalam kalangan institusi. Keadaan ini menyebabkan akta-akta serta perundangan perbankan terpaksa dipinda dan diperkemaskan lagi untuk memenuhi perubahan struktur kewangan dalam sesebuah negara. Di Malaysia, peraturan baharu ini sentiasa diselaraskan dari semasa ke semasa. Peraturan perbankan Islam yang diubah bertujuan untuk mencapai Maqasid Syariah seperti yang terdapat dalam hukum Syariah. Justeru itu, kajian kecekapan ke atas perbankan Islam dilakukan sama ada menggunakan pendekatan anal isis peringkat pertama mahupun analsisi peringkat kedua. Oleh yang demikian, kajian ini mernberi tumpuan dengan menilai tahap kecekapan teknikal perbankan Islam serta menganalisis hubungan antara pemboleh ubah indeks Maqasid Syariah (MSI), peraturan (sekatan aktiviti-ARC), kawalan institusi (RL dan RQ) terhadap kecekapan teknikal untuk 16 buah bank Islam di Malaysia daripada tahun 2008 hingga tahun 20 I 3. Skor kecekapan diperolehi dengan menggunakan pendekatan bukan parametrik Analisis Penyampulan Data (DEA: Data Envelopment Analisis). Kajian ini diteruskan dengan menjalankan anal isis peringkat kedua iaitu pendekatan data panel untuk mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah peraturan iaitu sekatan aktiviti (ARC) dan indeks Maqasid Syariah (MSI) terhadap kecekapan perbankan Islam. Di samping itu, bersesuaian dengan ciri-ciri bank Islam, elemen MSI adalah elemen yang penting dalam mengukur tahap kecekapan perbankan Islam apabila undang-undang atau peraturan Islam diambil kira. Hasil tingkat kecekapan teknikal bagi perbankan Islam menunjukkan, kebanyakkan bank Islam milikan luar negara berada di bawah paras purata tahun kajian. Selain itu, daripada analisis kedua yang dijalankan terhadap tingkat kecekapan perbankan Islam, basil keputusan menunjukkan wujud hubungan positif dan signifikan oleh pemboleh ubah seperti indek Maqasid Syariah, peraturan (sekatan aktiviti-ARC) serta RQ terhadap kecekapan teknikal. Hubungan positif ini menyokong kepada hipotesis 'pandangan kepentingan awam' yang menjelaskan kerajaan bertindak sebagai ejen dalam melindungi kepentingan awam melalui proses peraturan dan kawal selia yang dilaksanakan. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap kecekapan teknikal bank disamping dapat mengatasi masalah kegagalan pasaran. Pada masa yang sama, peraturan dan undang-undang yang berkesan akan menjadikan sistem kewangan lebih stabil dan kukuh, serta ia turut mempengaruhi aktiviti perbankan serta kesan ke atas model operasi dan peniagaan bank melalui pendapatan serta struktur kos dan pulangan bagi sesebuah bank. Kesan ini dapat dilihat melalui aktiviti dan operasi perbankan Islam antaranya kestabilan perkongsian risiko, ketelusan dalam urus tadbir, pengurusan aset dan liabiliti, pengurusan sumber serta penciptaan kredit secara lerkawal. Namun begitu, kesan sebaliknya turut dilihat antaranya perubahan struktur kos di mana kos yang tinggi diperlukan apabila penstrukturan peraturan dikuatkuasakan. Oleh yang demikian, setiap perubahan rangka kerja peraturan perlulah selari dengan perjalanan matlamat ekonomi semasa bagi memperolehi kesan yangoptimum. |
---|---|
Physical Description: | xiv, 228 leaves: illustrations; 31 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (leaves 188-217) |