The effects of 3,4-methylenedioxymethamphetamine on body weight, serotonin level and brain histology of rat

3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) adalah perangsang sistem saraf pusat yang kuat yang bertindak dengan meningkatkan aktiviti beberapa neurotransmiter dan sistem neurohormon. Pengambilan MDMA menyebabkan rembesan serotonin dikeluarkan secara berlebihan lalu merosakkan neuron di bahagian hipok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatin Haniza Zakaria (Author)
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) adalah perangsang sistem saraf pusat yang kuat yang bertindak dengan meningkatkan aktiviti beberapa neurotransmiter dan sistem neurohormon. Pengambilan MDMA menyebabkan rembesan serotonin dikeluarkan secara berlebihan lalu merosakkan neuron di bahagian hipokampus. Oleh itu, kajian ini akan melihat kesan dos MDMA yang berbeza terhadap berat badan, aras serotonin dan perubahan histopatologi dalam otak tikus. Tikus jantan Sprague Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan tiga kumpulan MDMA yang berbeza dos (5, 10 dan 15mg/kg). Kumpulan kawalan (n=7) menerima suntikan intraperitoneum (i.p.) 1 ml/gm saline dua kali sehari selama satu minggu, manakala kumpulan MDMA (n=19, 6 atau 7 setiap kumpulan) telah menerirna 5, 10 dan 15mglkg (i.p.) MDMA dua kali sehari selarna satu minggu. Perubahan berat badan tikus direkodkan bermula dari hari pertama sehingga hari ketujuh. Air tulang belakang tikus diambil selepas 24 jam suntikan terakhir dan analisis aras serotonin dilakukan menggunakan kit Enzyme-Link Immunosorbent Assay (ELISA). Perubahan histopatologi kemudian dianalisa di bahagian hipokampus otak tikus dengan mernfokuskan kepada tiga bahagian kecil di dalamnya iaitu CA1, CA3, dan DG dengan mengunakan kaedah pewarnaan Cresyl Echt Violet dan Glial Fibrillary Acidic Protein (GFAP). Analisis statistik dilakukan dengan menggunakan analisis varians sehaIa (ANOVA) dan Korelasi Pearson. Nilai-P kurang daripada 0.05 dianggap sebagai signifikan. MDMA telah meningkatkan aras serotonin di dalam air tulang belakang ketiga-tiga kumpulan tikus dengan ketaranya, menurunkan berat badan tikus dan bilangan sel neuron di bahagian hipokampus pada otak tikus berbanding kumpulan kawalan (p<0.00 I). Kajian ini juga mendapati bahawa bilangan astrosit di kesemua bahagian kecil di kawasan hipokampus juga telah meningkat untuk ketiga-tiga kumpulan tikus yang telah disuntik dengan MDMA berbanding kumpulan kawalan kecuali bagi kumpulan tikus yang menerima suntikan 5mg/kg MDMA iaitu di kawasan CA1. Terdapat korelasi yang signifikan di antara aras serotonin dengan berat badan tikus, bilangan sel neuron dan astrosit (p<O.OOI). Kesimpulannya, suntikan MDMA kepada tikus telah meningkatkan aras serotonin di dalam air tulang belakang, mempengaruhi berat badan, jumlah bilangan sel neuron dan jumlah bilangan astrosit. Kajian ini juga tclah menunjukkan bahawa terdapat korelasi di antara aras serotonin dengan berat badan tikus dan perubahan histopatologi pada kawasan hipokampus otak tikus selepas disuntik dengan MDMA.
Physical Description:xvi, 145 leaves: illustrations (some colour); 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 108-132)