Employees perception of occupational safety and health and its associated factors at Al-Walaa Jordanian company for catering services

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pekerja terhadap langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan faktor yang berkait di syarikat Al-Walaa bagi perkhidmatan katering. Kekurangan perhatian dalam pengurusan kanan dan penyeliaan dalam pelaksanaan langkah-langkah keselamatan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alglilat, Mohammad Mahmoud Ali (Author)
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pekerja terhadap langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan faktor yang berkait di syarikat Al-Walaa bagi perkhidmatan katering. Kekurangan perhatian dalam pengurusan kanan dan penyeliaan dalam pelaksanaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah memdatangkan impak negatif terhadap persekitaran kerja, yang membawa kepada peningkatan kemalangan dan kehilangan nyawa dan harta benda. Adalah diketahui bahawa, kebanyakan syarikat di Jordan yang terlibat dalam bidang pengeluaran tidak mempunyai pengetahuan saintifik mengenai kesan pelaksanaan prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Penyelidik menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mengumpul data dari sampel kajian yang terdiri daripada semua pekerja di Syarikat Perkhidmatan Katering Al-Walaa di semua peringkat pentadbiran mereka, 300 borang soal selidik telah diedarkan, 5 borang soal selidik yang tidak sah telah dikecualikan kerana kesalahan mengisi, 294 diambil kira, dan bilangan kajian serta analisis yang berkesan adalah 289. Soal selidik mengandungi beberapa perenggan (menyediakan taklimat kerja yang selamat dan poster, menyediakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), penyeliaan, komitmen pengurusan di OSH, latihan pekerja). la juga mengunakan skala Likert, bermula daripada I (sangat tidak setuju) sehingga 5 (sangat berseruju) untuk menjawab soal selidik. Keputusan menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap sejauh mana langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diaplikasikan adalah tinggi. Peringkat pertama adalah latihan pekerja dengan purata 4.31, kedua ialah penyediaan peralatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan purata 3.97, ketiga ialah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan purata 3.92, keempat adalah komitmen pihak pengurusan kanan dalam melaksanakan prosedur keselamatan dengan purata 3.89, kelima adalah penyeliaan profesional dengan purata 3.78 dan jumlah purata keseluruhan ialah 3.97. Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pekerja terhadap risiko dalam persekitaran di tempat kerja adalah pada tahap yang tinggi dengan purata 3.81. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan positif antara pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pengurusan risiko di tempat kerja. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan hasil kajian ialah pematuhan terhadap penerapan piawaian dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kawasan kajian (Al-Walaa untuk catuan) seperti penerapan arahan keselamatan, penyediaan peralatan dan kelengkapan keselamatan, pengawasan profesional, komitmen pengurusan kanan kepada pelaksanaan prosedur keselamatan memainkan peranan yang penting dalam mengawal risiko health and safety dalam persekitaran tempat kerja, bilangan jam bekerja dan keperluan untuk membangunkan undang-undang sesuai dengan keupayaan pekerja juga perlu dipertimbangkan semula.
Physical Description:xiv, 147 leaves; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 127-134)