Pemurnian fakta dalam novel sejarah Islam terpilih di Malaysia
Perkembangan novel sejarah lslam menjadi fenomena lantaran penerimaan baik masyarakat lslam Malaysia terhadap karya-karya dihasilkan dalam pelbagai judul berlatarkan peristiwa dan tokoh sebenar sejarah lslam. Kajian dilakukan kerana novel sejarah lslam mendapat kritikan berkaitan kesahihan dan penca...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan novel sejarah lslam menjadi fenomena lantaran penerimaan baik masyarakat lslam Malaysia terhadap karya-karya dihasilkan dalam pelbagai judul berlatarkan peristiwa dan tokoh sebenar sejarah lslam. Kajian dilakukan kerana novel sejarah lslam mendapat kritikan berkaitan kesahihan dan pencairan fakta, badi/h mawdii" dan kelemahannya yang serius ialah aspek kecerekaan atau fictionality yang melibatkan Rasulullah SAW. Rentetan daripada itu, novel ini ditarik balik dari pasaran dan pengarah urusan syarikat penerbitan menyeru supaya dibuat penelitian dan pemurnian semula terhadap novel ini. Objektifkajian adalah Menganalisis sejarah perkembangan penulisan novel sejarah lslam di Malaysia, membuktikan kesalahan fakta yang berlaku dalam penulisan novel sejarah lslam terpilih, menilai bentuk kesalahan yang berlaku dalarn novel sejarah lslam dan membina kerangka atau prinsip penulisan novel sejarah lslam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan metode deduktif melalui pendekatan komparatif, metode pensejarahan dan mctode kritikan sejarah. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat enam bentuk kesalahan ketara dalam novel sejarah lslam yang dikaji iaitu, penggunaan hadith mawdii", rekaan fakta keterlaluan, pengaruh konteks budaya tempatan (Malu ia), anakronisrne, sumber tidak berautoriti dan penekanan terhadap naratif supernatural (luar biasa). Daripada enam bentuk kesalahan, penggunaan hadith mawdii" merupakan kesalahan paling besar kerana menyentuh sensitiviti lslam dan diancam dengan kesan yang besar iaitu bersedia tempatnya di neraka. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada novelis dan penerbit apabila novel sejarah lslam didapati mempunyai kesalahan perlu dibuat edisi semak dan dicetak semula demi menjaga lslam itu sendiri. |
---|---|
Physical Description: | xiv, 249 leaves; 31 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (leaves 235-249) |