Investigation of chemical profile and apoptosis induction by Melastoma Malabathricum L. Extracts against HepG2 cell lines

Karsinoma hepatoselular adalah punca ketiga utama kematian berkaitan kanser di dunia. Kanser ini dikesan di peringkat akhir dan terdapat ubat-ubatan yang sering menyebabkan kesan sampingan. Oleh itu, program sel mati (apoptosis) terhadap sel-sel kanser adalah penting untuk membantu sistem imun manus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Siti Amirah Wan Mohd Azemin (Author)
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karsinoma hepatoselular adalah punca ketiga utama kematian berkaitan kanser di dunia. Kanser ini dikesan di peringkat akhir dan terdapat ubat-ubatan yang sering menyebabkan kesan sampingan. Oleh itu, program sel mati (apoptosis) terhadap sel-sel kanser adalah penting untuk membantu sistem imun manusia bagi menghentikan pertumbuhan yang tidak normal ini dan ia merupakan pendekatan yang sangat berkesan bagi terapi kanser. Melastoma Malabathricum (MM) adalah tumbuhan ubatan yang tumbuh liar di seluruh Malaysia. Tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar sebagai agen anti-kanser seperti yang ditunjukkan oleh kajian lepas terhadap pelbagai jenis sel-sel kanser. Kajian ini dikendalikan dalam dua bahagian untuk menjelaskan lagi perkara ini. Pertama sekali adalah untuk pemiawaian tumbuhan M. malabathricum daripada tujuh kawasan yang berbeza, dan bahagian kedua adalah untuk menyiasat potensi ekstrak MM sebagai terapeutik anti-kanser melalui penilaian induksi apoptotik terhadap jajaran sel HepG2. i) Morfologi, dan teknik kawalan kualiti berdasarkan analisis gravimetrik, pra-penyaringan kimia, analisis kromatografi lapisan nipis prestasi tinggi serta pencapjarian metabolit FTIR telah dijalankan pada setiap sampel MM dari lokasi yang berbeza. ii) Cara kematian sel yang disebabkan oleh ekstrak metanol dan air terhadap jajaran sel HepG2 diperiksa melalui cerakin sitotoksik, teknik-teknik pewamaan berganda akridin oren (AO)/propidium iodida (PI) dan pewarnaan annexin V-FITC/PI. Pembahagian kitaran sel telah dinilai menggunakan teknik sitometrialiran. Ekspresi protein yang berkaitan dengan apoptosis iaitu protein penekan tumor p53, BcI- 2 fosforilat dan belahan PARP-I yang ditentukan dengan menggunakan teknik immunoblot. i) Kesahihan tumbuhan telah dipastikan berdasarkan kaedah kawalan kualiti yang telah menunjukkan bahawa ciri-ciri morfologi, keputusan gravimetrik dan kandungan fitokimia adalah sarna seperti yang dilaporkan dalarn monograf herba dan rujukan piawaian. Penyaringan HPTLC menunjukkan bahawa sama ada penanda piawaian flavonoid, kuersetin atau penanda piawaian triterpenik, asid ursolik menawarkan kaedah pemprofilan yang cepat manakala pencapjarian metabolit FTJR menggunakan analisis LDA kepada enam komponen utama data FTJR menunjukkan klasifikasi sampel yang baik mengikut lokasi. ii) Cerakin kesitotoksikan mendedahkan ekstrak metanol mempunyai nilai ketoksikan tertinggi (ICso = 1.4flg 1 ml.) berbanding dengan ekstrak lain dengan ekstrak air yang kedua terbaik (ICso = I Oug 1 mL). Ekstrak air menunjukkan tindak balas akut dan pantas melalui pemecahan membran dengan segera dengan 31.3% dan 2.9% daripada sel-sel HepG2 berada dalam apoptosis awal dan 51.3% dan 8.8% pada akhir apoptosis seperti yang ditunjukkan masing-masing oleh pewarnaan cerakin AO/PI dan annexin V. Peratusan sel HepG2 yang di rawat dengan ekstrak metanol pad a apoptosis akhir ialah 30.3% and 3.8% masing-masing yang ditunjukkkan oleh pewarnaan cerakin AO/PI dan annexin V. Ekstrak air dan metanol seeara signifikan menghalang perkembangan sel pada fasa G2/M dengan eara di mana nisbah populasi pada fasa G2/M meningkat dengan seeara signifikan dari 21.9% (kawalan yang tidak dirawat) kepada 23.9% dan 23.8% masing-masing (24 jam). Selain itu, peratus sel HepG2 meningkat pada fasa Sub Go/G1 dari 3.8% (kawalan yang tidak dirawat) kepada 11.7% dan 12% (24 jam) untuk ekstrak air dan metanol yang masing-masing menunjukkan sel-sel melalui kerosakan DNA dan mengalami apoptosis. Kedua-dua ekstrak telah menunjukkan peningkatan ekspresi protein apoptotik utama seperti protein fosforilat Bcl-Z, p53, dan PARP-I berbanding kawalan negatif. Kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak air mendorong acara apoptosis dalam tindak balas pantas berbanding dengan ekstrak metanol. Ekstrak MM dengan ketara mendorong apoptosis dan titik perhentian di fasa G21M. Oleh itu, ekstrak Melastoma Malabathricum berpotensi dibangunkan sebagai sebuah terapi antikanser terutama terhadap kanser hepatik.
Physical Description:xxiii, 212 leaves; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 169-188)