Sistem sokongan sosial, faktor tarikan dan faktor tolakan dalam penglibatan aktiviti seksual sejenis golongan lesbian di Malaysia

Penglibatan wanita dalam aktiviti seksual sejenis merupakan isu yang sering didebatkan dalam masyarakat pada hari ini kerana ia jelas membatasi norma budaya, amalan keagamaan dan undang-undang di Malaysia. Justeru itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti profil golongan lesbian, menganalisis s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Jannah Mohd Juaini (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan wanita dalam aktiviti seksual sejenis merupakan isu yang sering didebatkan dalam masyarakat pada hari ini kerana ia jelas membatasi norma budaya, amalan keagamaan dan undang-undang di Malaysia. Justeru itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti profil golongan lesbian, menganalisis sejauhmana sistem sokongan sosial mempengaruhi faktor tarikan dan faktor tolakan terhadap kehidupan golongan lesbian, menganalisis faktor tarikan yang mendorong golongan Iesbian terlibat dengan aktiviti seksual sejenis, menganalisis faktor tolakan yang menyebabkan golongan lesbian menamatkan aktiviti seksual sejenis dan membentuk model sistem sokongan sosial, faktor tarikan dan faktor tolakan dalam penglibatan aktiviti seksual sejenis golongan lesbian di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dan melalui teknik persampelan bola salji, seramai 12 orang lesbian telah dicapai dari 10 buah negeri di Malaysia iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Selangor dan Pahang. Kesemua responden kajian telah ditemu bual dan hasil kajian dianalisis dengan menggunakan Nvivo for Mac versi 12. Merujuk hasil kajian, enam jenis sumber sokongan sosial telah dikenalpasti mempunyai perkaitan dengan penglibatan responden dalam aktiviti seksual sejenis iaitu keluarga, pasangan lesbian, pasangan heteroseksual, rakan lesbian, rakan heterosekual dan komuniti lesbian. Selain itu, kajian ini telah melaporkan II faktor tarikan yang memotivasikan responden untuk meneruskan aktiviti seksual sejenis dan berkait dengan sumber tersebut iaitu sokongan rakan lesbian, keserasian dengan pasangan lesbian, pengalaman negatif dengan lelaki, sokongan rakan heteroseksuaJ, sokongan komuniti lesbian, kepuasan hubungan intim, konflik keluarga, keinginan mencuba, galakan suami, penerimaan baik ahli keluarga dan pengaruh pornografi. Di samping itu, kajian ini juga mendapati dua faktor tolakan yakni wujud kemungkinan responden ingin menamatkan penglibatan dalam aktiviti seksual sejenis seperti bimbang dengan penerimaan keluarga dan perbandingan identiti. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mencadangkan model hubungan antara penglibatan aktiviti seksunl sejenis golongan lesbian terhadap sistem sokongan sosial, faktor tarikan dan faktor tolakan di Malaysia. Pembentukan model ini adalah merujuk hasil kajian dan memberi gambaran pengaruh sumber sokongan sosial terhadap kelangsungan hidup responden sebagai lesbian.
Physical Description:xx, 275 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 241-256)