Pendalilan mantik al-Ash'ari dalam akidah ketuhanan

Pengasas aliran Asha'irah, Abu al-Hasan al-Ash'ari, merupakan seorang ulama terkemuka dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau diiktiraf sebagai mujaddid kurun ketiga Hijrah yang mempunyai ke pakaran dalam pelbagai bidang ilmu Islam khususnya akidah dan mantik. Kehadiran al-Ash'...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Rashidi Wahab (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengasas aliran Asha'irah, Abu al-Hasan al-Ash'ari, merupakan seorang ulama terkemuka dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau diiktiraf sebagai mujaddid kurun ketiga Hijrah yang mempunyai ke pakaran dalam pelbagai bidang ilmu Islam khususnya akidah dan mantik. Kehadiran al-Ash'ari telah berjaya menangkis penyelewengan akidah yang dilakukan oelh aliran bidaah pada ketika itu khususnyaMu'tazilah. Dalam hal ini, al-Ash'ari telah mengemukakan metode pendalilan berasaskan kepada sumber dalil naqli dan dalil 'aqli. Dalil naqli merujuk kepada al­Quran dan hadis, manakala dalil 'aqli merujuk kepada pembuktian logik akal. Walau bagaimanapun, penghujahan logik akal dalam akidah, atau Iebih tepat disebut sebagai pendalilan rnantik, telah mengundang polemik yang berpanjangan sehingga hari ini. Sesetengah pihak mendakwa bahawa al-Ashari telah menolak penggunaan hujah mantik pada penghujung u ianya. Pada masa yang sama, mereka juga mengkritik ilmu mantik sebagai sat di babkan sejarah kemunculannya dikaitkan dengan tamadun Greek. Oleh itu, menerusi pendekatan kualitatif daripada analisis kandungan dokumen. tesis ini akan meneliti pendalilan mantik, khususnya al-qiyass, yang digunakan oleh al­Ashaari dalam lima buah karya akidahnya yang masyhur. Tumpuan kajian melibatkan aspek ketuhanan sahaja kerana ia merupakan topik terbesar dan terpenting dalam ilmu akidah yang banyak menggunakan hujah mantik. Tesis juga akan meneliti pendalilan mantik yang digunakan oleh ulama Ashairah dan menganalisis beberapa isu penting berkaitan pcndalilan mantik ai-Ashari . Justeru hasil kajian menunjukkan bahawa al­Ashari menggunakan pendalilan mantik al-qiyas secara melua terutamanya dalam karya terakhirnya al-Luma' fi al-Raad 'ala Ahl al-Zeygh wa al-Bida '. Kajian juga mendapati bahawa pendalilan mantik al-qiyas yang dikemukakan oleh al-Ash'ari tersebut adalah bertepatan dari aspek al-siirah dan al-miiddah sehingga mencapai taraf al-burhiin. Legasi pemikiran al-Ashari ini kemudiannya diteruskan oleh para ulama Asha'irah seperti al-Ghazali, al-Sanusi, al-Butl, Tuan Minal dan lain-lain yang turut menggunakan pendalilan mantik dalam karya akidah mereka. Ini bermaksud, pendalilan mantik dalam akidah yang dipelopori oleh al-Ashari telah diterima umat Islam sehingga kini, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan Ahl al-Sunnah wa al Jamaah di Malaysia.
Physical Description:xix, 453 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 426-453)