Keberkesanan modul senaman syifa terhadap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Terengganu

Kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup merupakan aspek yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup individu secara keseluruhan. Masalah psikologi atau masalah mental banyak menyerang masyarakat tanpa mengira profesyen dan bidang tugas termasuk profesyen perguruan. Guru pada masa kini banyak t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Af'idah Rameli (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 04710cam a2200325 7i4500
001 0000099458
005 20210415090000.0
008 201025s2020 my may
040 |a UniSZA 
060 1 0 |a WB 541  |b N822e 2020 
090 0 0 |a WB 541   |b N822e 2020 
100 0 |a Nor Af'idah Rameli   |e author  
245 0 0 |a Keberkesanan modul senaman syifa terhadap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Terengganu   |c Nor Af'idah Rameli. 
264 0 |c 2020. 
300 |a xvi, 349leaves:   |b illustrations (some colour);   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes references (leaves 267-290) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Kajian Literatur -- 3. Kaedah Penyelidikan -- 4. Dapatan Kajian -- 5. Perbincangan dan Kesimpulan 
520 |a Kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup merupakan aspek yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup individu secara keseluruhan. Masalah psikologi atau masalah mental banyak menyerang masyarakat tanpa mengira profesyen dan bidang tugas termasuk profesyen perguruan. Guru pada masa kini banyak terdedah kepada tekanan sama ada dari persekitaran sekolah, bebanan tugas dan persekitaran keluarga. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina modul intervensi senaman syifa bagi membantu meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup guru sekolah menengah di Kuala Terengganu, sekaligus menguji keberkesanan modul tersebut. Projek penyelidikan ini melibatkan dua fasa yang berasingan. Fasa pertama kajian adalah bagi menentukan tahap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup guru sekolah menengah di Kuala Terengganu dengan melibatkan seramai 380 orang guru dari 23 buah sekolah menengah di Kuala Terengganu dengan menggunakan kaedah hirisan lintang. Fasa kedua adalah peringkat pembangunan modul dan penilaian modul dengan menggunakan kaedah quasi-eksperimen. Sebanyak 70 sampel yang memenuhi kriteria inklusif ditempatkan secara rawak sama ada dalam kumpulan intervensi atau kumpulan kawalan. Kumpulan intervensi melibatkan 35 orang sampel yang menjalani kaedah senaman syifa dalam tempoh tiga bulan, manakala kumpulan kawalan yang turut melibatkan 35 orang sampel hanya menjalani kaedah senaman sedia ada mengikut modul Kementerian Kesihatan Malaysia selama tempoh yang sama. Tahap kesejahteraan psikologi diuji dengan menggunakan Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff yang terdiri daripada 54 item. Manakala tahap kualiti hidup diuji dengan menggunakan Skala Kualiti Hidup Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHOQoL-BREF) yang terdiri daripada 26 item soalan. Penilaian tahap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dilakukan kepada responden sebelum (pra-intervensi) dan selepas (pasca-intervensi) menjalani intervensi. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan Pearson Correlation bagi fasa pertama dan analisi ANCOVA serta ANCOVA berulang bagi fasa kedua kajian. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup guru sekolah menengah di Kuala Terengganu adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.69 dan 3.77 serta terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dalam kalangan responden. Dapatan fasa kedua menunjukkan terdapat perbezaan min kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup yang signifikan antara pra-intervensi dan pasca-intervensi bagi kedua-dua kumpulan intervensi (perbezaan min kesejahteraan psikologi = -0.27, p<0.001, perbezaan min kualiti hidup = -0.48, P<0.001) dan kumpulan kawalan (perbezaan min kesejahteraan psikologi = -0.11, P<0.001, perbezaan min kualiti hidup =-0.35, P<0.001). Terdapat perbezaan min kesejahteraan psikologi (P = 0.045, P<0.05) dan kualiti hidup (P = 0.033, P<0.05) yang signifikan di antara kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan selepas menjalani intervensi. Peningkatan nilai min kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup bagi kumpulan intervensi adalah tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajian ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan modul senaman syifa dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup guru di Kuala Terengganu. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Faculty of Medicine  
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Dissertations  
650 0 |a Exercise  
650 0 |a Dissertations, Academic  
650 0 |a Psychological  
650 0 |a Quality of Life --   |z Terengganu  
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin  
999 |a 1000180719  |b Thesis  |c Reference  |e Medical Bibliographic & Index Unit