Faktor penggiat Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Selangor / Mohd Faiz Mohd Baharan

Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan pendidikan di Malaysia dan memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa di sekolah. Namun, inisiatif ini dilihat tidak mencapai objektifnya walaupun telah diperkenalkan sejak Tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Baharan, Mohd Faiz
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103117/1/103117.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan pendidikan di Malaysia dan memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa di sekolah. Namun, inisiatif ini dilihat tidak mencapai objektifnya walaupun telah diperkenalkan sejak Tahun 2011. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah. Di samping itu, untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran YLE Frog, sokongan pentadbir sekolah dan sikap guru dengan kesediaan penggunaan aplikasi VLE Frog serta mengenal pasti pengaruh antara kemahiran VLE Frog, sokongan pentadbir sekolah dan sikap guru dengan kesediaan penggunaan aplikasi VLE Frog dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang telah dijalankan ke atas 367 orang guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Setiap data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan guru Pendidikan Islam berada di tahap tinggi (min = 3.832, SD 0.292). Hubungan faktor kemahiran VLE Frog dan faktor sokongan pentadbir sekolah dengan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan VLE Frog berada di tahap lemah dengan masing-masing memperoleh r = 0.4666, P < .000 dan r = 0.374, P < .000. Manakala hubungan faktor sikap guru berada pada tahap sederhana iaitu 0.526, P < .000. Hasil kajian juga mendapati faktor sikap guru merupakan faktor dominan terhadap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan VLE Frog. Sehubungan itu, kajian ini menjadi salah satu indikator dalam melaksanakan transformasi pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.