Kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs / Khairul Effendi Hashim
Keselamatan makanan merupakan salah satu elemen penting yang melibatkan kepenggunaan iaitu proses pembuatan sesuatu produk. Keselamatan makanan dikategorikan dalam elemen tayyiban yang merangkumi kebersihan, keselamatan dan kualiti bertujuan mencapai objektif pensyariatan hukum yang disebut sebagai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106978/1/106978.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keselamatan makanan merupakan salah satu elemen penting yang melibatkan kepenggunaan iaitu proses pembuatan sesuatu produk. Keselamatan makanan dikategorikan dalam elemen tayyiban yang merangkumi kebersihan, keselamatan dan kualiti bertujuan mencapai objektif pensyariatan hukum yang disebut sebagai maqasid syariah. Mengaplikasi keselamatan dalam proses pembuatan makanan sangat penting bagi menjamin keselamatan nyawa pengguna daripada kemudaratan. Konsep maqasid hifz nafs merupakan salah satu konsep yang terdapat dalam maqasid syariah memainkan peranan penting dalam memelihara kepentingan pengguna melalui proses pembuatan makanan yang dijalankan oleh pengusaha dalam kalangan perusahaan kecil. Perkembangan positif sektor pembuatan makanan menjadikan elemen keselamatan sangat dititikberatkan sepanjang proses pembuatan dijalankan. Kajian ini mencadangkan kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs bertujuan untuk memantapkan prinsip memelihara kebersihan, keselamatan dan kualiti dalam perniagaan yang dijalankan. Gabungan antara maqasid hifz nafs dan dokumen pensijilan keselamatan makanan yang dipraktikkan oleh pengusaha dapat memelihara tubuh dan menjamin kesihatan pengguna bermula daripada penyediaan bahan mentah hingga produk sedia untuk dimakan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan metode analisis dokumen dan temubual semi berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa, kerangka keselamatan makanan berteraskan maqasid hifz nafs dapat memperkasa amalan keselamatan yang dipraktikkan dalam kalangan pengusaha. Cadangan kerangka tersebut dapat dijadikan panduan oleh pengusaha supaya selari dan konsisten bertujuan memelihara nyawa pengguna |
---|