Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Karim, Siti Raudah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183/1/107183.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghadapi masalah keciciran dalam pembelajaran. Perbincangan mengenai keciciran masyarakat Orang Asli dalam pendidikan masih diperdebatkan di kalangan sarjana sehingga kini. Kes-kes keciciran pembelajaran menjadi penghalang kepada masyarakat Orang Asli untuk lebih maju dalam pelbagai bidang termasuk pembelajaran Islam. Justeru pelbagai pihak bergabung bagi menambah baik kaedah dan strategi pembelajaran masyarakat Orang Asli supaya hak pendidikan mereka terpelihara dengan semua masyarakat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), merupakan pihak yang bertanggungjawab di Pahang untuk membantu masyarakat Orang Asli Islam dalam pelbagai bantuan hidup termasuk pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji elemen PSH di MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Objektif kedua kajian ini menganalisis bentuk pelaksanaan elemen PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Manakala objektif ketiga adalah mencadangkan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk fenomenologi. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual bersama tujuh orang informan daripada Guru Briged dan Penggerak Islam Orang Asli, dan data pemerhatian yang diambil daripada dua lokasi utama masyarakat Islam Orang Asli iaitu Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tematik daripada proses pengekodan melalui ATLAS.Ti 9, seterusnya mengeluarkan tema utama berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam elemen yang diterapkan oleh MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli iaitu (i) Kemahiran Asas 3M, (ii) Pemerolehan Bimbingan, (iii) Sumber Kebajikan, (iv) Kemudahan Infrastruktur, (v) Program Kesedaran Masyarakat dan melakukan (vi) Tinjauan Susulan. Dapatan dalam Objektif kedua terdapat empat tema utama dalam bentuk pelaksanaan PSH iaitu (i) Mengenal Peserta, (ii) Pelaksanaan Kaedah PnP, (iii) Guru sebagai Pelaksana, dan (iv) Penyediaan Bahan Rujukan. Dapatan kajian ini juga membentuk satu cadangan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli yang berterusan. Rumusnya, dapatan kajian ini signifikan kepada pendakwah dan pendidik masyarakat Islam Orang Asli untuk menjamin pembelajaran yang berterusan kepada generasi akan datang.