Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Karim, Siti Raudah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183/1/107183.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-uitm-ir.107183
record_format uketd_dc
spelling my-uitm-ir.1071832024-12-04T08:07:10Z Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim 2024 Abdul Karim, Siti Raudah Social aspects of education Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghadapi masalah keciciran dalam pembelajaran. Perbincangan mengenai keciciran masyarakat Orang Asli dalam pendidikan masih diperdebatkan di kalangan sarjana sehingga kini. Kes-kes keciciran pembelajaran menjadi penghalang kepada masyarakat Orang Asli untuk lebih maju dalam pelbagai bidang termasuk pembelajaran Islam. Justeru pelbagai pihak bergabung bagi menambah baik kaedah dan strategi pembelajaran masyarakat Orang Asli supaya hak pendidikan mereka terpelihara dengan semua masyarakat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), merupakan pihak yang bertanggungjawab di Pahang untuk membantu masyarakat Orang Asli Islam dalam pelbagai bantuan hidup termasuk pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji elemen PSH di MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Objektif kedua kajian ini menganalisis bentuk pelaksanaan elemen PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Manakala objektif ketiga adalah mencadangkan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk fenomenologi. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual bersama tujuh orang informan daripada Guru Briged dan Penggerak Islam Orang Asli, dan data pemerhatian yang diambil daripada dua lokasi utama masyarakat Islam Orang Asli iaitu Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tematik daripada proses pengekodan melalui ATLAS.Ti 9, seterusnya mengeluarkan tema utama berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam elemen yang diterapkan oleh MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli iaitu (i) Kemahiran Asas 3M, (ii) Pemerolehan Bimbingan, (iii) Sumber Kebajikan, (iv) Kemudahan Infrastruktur, (v) Program Kesedaran Masyarakat dan melakukan (vi) Tinjauan Susulan. Dapatan dalam Objektif kedua terdapat empat tema utama dalam bentuk pelaksanaan PSH iaitu (i) Mengenal Peserta, (ii) Pelaksanaan Kaedah PnP, (iii) Guru sebagai Pelaksana, dan (iv) Penyediaan Bahan Rujukan. Dapatan kajian ini juga membentuk satu cadangan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli yang berterusan. Rumusnya, dapatan kajian ini signifikan kepada pendakwah dan pendidik masyarakat Islam Orang Asli untuk menjamin pembelajaran yang berterusan kepada generasi akan datang. 2024 Thesis https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183/ https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183/1/107183.pdf text en public phd doctoral Universiti Teknologi MARA (UiTM) Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Ismail, Huzaimah
institution Universiti Teknologi MARA
collection UiTM Institutional Repository
language English
advisor Ismail, Huzaimah
topic Social aspects of education
spellingShingle Social aspects of education
Abdul Karim, Siti Raudah
Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
description Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghadapi masalah keciciran dalam pembelajaran. Perbincangan mengenai keciciran masyarakat Orang Asli dalam pendidikan masih diperdebatkan di kalangan sarjana sehingga kini. Kes-kes keciciran pembelajaran menjadi penghalang kepada masyarakat Orang Asli untuk lebih maju dalam pelbagai bidang termasuk pembelajaran Islam. Justeru pelbagai pihak bergabung bagi menambah baik kaedah dan strategi pembelajaran masyarakat Orang Asli supaya hak pendidikan mereka terpelihara dengan semua masyarakat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), merupakan pihak yang bertanggungjawab di Pahang untuk membantu masyarakat Orang Asli Islam dalam pelbagai bantuan hidup termasuk pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji elemen PSH di MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Objektif kedua kajian ini menganalisis bentuk pelaksanaan elemen PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Manakala objektif ketiga adalah mencadangkan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk fenomenologi. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual bersama tujuh orang informan daripada Guru Briged dan Penggerak Islam Orang Asli, dan data pemerhatian yang diambil daripada dua lokasi utama masyarakat Islam Orang Asli iaitu Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tematik daripada proses pengekodan melalui ATLAS.Ti 9, seterusnya mengeluarkan tema utama berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam elemen yang diterapkan oleh MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli iaitu (i) Kemahiran Asas 3M, (ii) Pemerolehan Bimbingan, (iii) Sumber Kebajikan, (iv) Kemudahan Infrastruktur, (v) Program Kesedaran Masyarakat dan melakukan (vi) Tinjauan Susulan. Dapatan dalam Objektif kedua terdapat empat tema utama dalam bentuk pelaksanaan PSH iaitu (i) Mengenal Peserta, (ii) Pelaksanaan Kaedah PnP, (iii) Guru sebagai Pelaksana, dan (iv) Penyediaan Bahan Rujukan. Dapatan kajian ini juga membentuk satu cadangan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli yang berterusan. Rumusnya, dapatan kajian ini signifikan kepada pendakwah dan pendidik masyarakat Islam Orang Asli untuk menjamin pembelajaran yang berterusan kepada generasi akan datang.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Abdul Karim, Siti Raudah
author_facet Abdul Karim, Siti Raudah
author_sort Abdul Karim, Siti Raudah
title Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
title_short Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
title_full Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
title_fullStr Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
title_full_unstemmed Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim
title_sort penerapan pembelajaran sepanjang hayat (psh) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam orang asli di pahang / siti raudah abdul karim
granting_institution Universiti Teknologi MARA (UiTM)
granting_department Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
publishDate 2024
url https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183/1/107183.pdf
_version_ 1818588212950466560