Pembangunan perindustrian dibandar Ipoh dalam kontek Dasar Ekonomi Baru / Kalsom Yop Mohd Kasim

Ipoh dijangka akan meneruskan fungsi sebagai bandar utama di Perak. Pada tahun 1980, penduduk Ipoh adalah merupakan 19.56% daripada keseluruhan penduduk negeri dan peratus ini akan meningkat keangka 27% pada tahun 2000. Jumlah penduduk Ipoh adalah seramai 344,627 orang pada tahun 1980; dan dijangka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yop Mohd Kasim, Kalsom
Format: Thesis
Language:English
Published: 1985
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1353/1/TB_KALSOM%20YOP%20MOHD%20KASIM%20AP%2085_5%20P01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ipoh dijangka akan meneruskan fungsi sebagai bandar utama di Perak. Pada tahun 1980, penduduk Ipoh adalah merupakan 19.56% daripada keseluruhan penduduk negeri dan peratus ini akan meningkat keangka 27% pada tahun 2000. Jumlah penduduk Ipoh adalah seramai 344,627 orang pada tahun 1980; dan dijangka akan meningkat pada 600,000 orang hingga tahun 2000. Dari jumlah ini kaum Bumiputera terdiri dari 17% (58,586 orang) sahaja; manakala kaum China sebanyak 70% (241,239 orang) dan India seramai 12.5%. Dalam kontek pembangunan perindustrian dan penglibatan kaum, kaum China menguasai peratus terbesar dari segi pekerjaan iaitu 77.8% dan Bumiputera hanya 16.0% sahaja. Ini berlaku sebab kebanyakan dari industri perkilangan terletak didalam bandar dimana peratusan penduduk China adalah paling tinggi. Dari segi hak milik pula, menurut laporan MIDA, diantara tahun 1968 - 1981, hanya 44 dari 498 industri yang telah diluluskan atau 9% sahaja dimiliki olih kaum Bumiputera. Kebanyakan daripadanya adalah industri sumber pertanian, terutama industri memproses makanan. Di Ipoh, (daripada kajian Pelan Struktur Ipoh 1982) hanya 7 buah industri sahaja yang dimiliki olih Bumiputera berbanding dengan 712 buah yang dimiliki olih kaum-kaum lain.