Satu kajian analisis mengenai senibina rumah-rumah tradisi Negeri Sembilan / Mariam Azeian Ismail

Rekabentuk rumah Melayu dan seni ukiran yang dipaparkan adalah bertujuan mengkaji bagaimana masyarakat dapat menilai e limen seni yang digunakan .Peribahasa Melayu juga ada menyebut Lain padang lain belalang , Lain negeri lain orang, Penulis juga cuba mengcungkil bagaiman seni ukiran itu diserapkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mariam Azeian Ismail
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14218/1/TD_MARIAM%20AZEIAN%20ISMAIL%20AD%2099_5.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rekabentuk rumah Melayu dan seni ukiran yang dipaparkan adalah bertujuan mengkaji bagaimana masyarakat dapat menilai e limen seni yang digunakan .Peribahasa Melayu juga ada menyebut Lain padang lain belalang , Lain negeri lain orang, Penulis juga cuba mengcungkil bagaiman seni ukiran itu diserapkan dalam reka bentuk rumah Melayu Tradisional. Ukiran yang dihiasi rumah menjadi satu kebanggaan masyarakat pada zaman silam.Pengaruh Hindu telah mengubah corak ukiran· geometri kepada hiasan ukiran yang menggunakan objek figura.Kajian ini dihasilkan untuk mengukur sejauh mana masyarakat dapat menerima senibina dan ukiran , sebagai tinggalan sejarah yang bernilai tinggi .Kajian ini juga diharapkan dapat mencerminkan identiti bangsa dan negeri serta peka terhadap ciri-ciri keistimewaan rumah Tradisional Negeri Sembilan.Antara kaedah yang dikenal pasti dapat melengkapkan penyelidikan ini ialah menggunakan pelbagai pendekatan bagi mendapatkan maklumat iaitu dengan menebual pemilik-pemilik rumah,badan swasta dan juga pihak muzium. Kesimpulannya kajian ini adalah untuk mengembalikan ingatan generasi yang awal tentang peninggalan nenek moyang mereka. Dengan tinggal di rumah pusaka biasanya anak-anak dan cucu - cucu akan dapat merasai banyak pahit getir yang ditempuhi oleh nenek moyang mereka.