Elemen – elemen senireka pada kain rentang masakini dan keberkesanannya sebagai alat perantaraan komunikasi kepada masyarakat / Mohd. Nazri Abdul Rais
Menyentuh tentang eleman-elemen senireka dalan bidang pengiklanan, ianya berbeza dari zaman ke zaman. Namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan betapa elemen-elemen senireka itu telah dapat memainkan peranan penting sebagai salah satu media komunikasi dalam rnasyarakat. Dalam memperkatakan tent...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14282/1/TD_MOHD%20NAZRI%20ABDUL%20RAIS%20AD%2000_5.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menyentuh tentang eleman-elemen senireka dalan bidang pengiklanan, ianya berbeza dari zaman ke zaman. Namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan betapa elemen-elemen senireka itu telah dapat memainkan peranan penting sebagai
salah satu media komunikasi dalam rnasyarakat.
Dalam memperkatakan tentang konsep perhubungan, telah wujud pelbagai kaedah atau sistem dalam menjayakannya. Diantaranya ialah melalui sistem komunikasi berelektronik ( radio dan TV), telefon, bercetak ( majalah dan akhbar ) diikuti dengan penggunaan komputer, menambahkan lagi kecanggihannya di zaman sains dan teknologi kini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, rnatlamat penggunaan kain rentang adalah untuk memapar, memberitahu dan memajukan sesuatu barangan, idea serta perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapat sokongan serta sambutan daripada orang rarnai (masyarakat pengguna).
Perkembangan dan pertumbuhannya yang mendadak sekali dewasa ini merupakan satu fenomena baru kepada dunia pengiklanan sehingga menjadikan kain rentang itu sebagai salah satu dari media atau bahantara pengkomunikasian yang tidak
kurang juga pentingnya. Pembuatan kain rentang yang rnenawarkan harga yang agak murah berbanding sistem pengiklanan yang lain turut menjadi punca utama mengapa ia kini digunakan dengan begitu meluas sekali.
Tajuk tentang kain rentang ini pernah ditulis di dalam tesis sebelum ini, tetapi ia hanya menyentuh kepada pembikinan kain rentang itu sahaja. Penulisan tesis ini berbeza berbanding tesis sebelumnya kerana pada kali ini penulis akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang kain rentang dan elemen - elemen
senireka yang terdapat padanya. Selain itu, penulis juga turut memuatkan fungsi - fungsi kain rentang serta menyelidik akan pandangan dan kefahaman orang ramai mengenai kain rentang ini.
Penulis telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Kaedah - kaedah yang dimaksudkan ialah melalui temubual. Penulis telah menemui beberapa orang yang terlibat secara langsung dalam pengumsan bidang pengildanan ini. Penulis juga telah menggunakan kaedah pengumpulan data di mana ia meliputi semua buku dan majalah sebagai bahan rujukan. Kaedah pemerhatian telah di jalankan ke atas kain - kain rentang yang di
paparkan serta meneliti reaksi orang ramai mengenainya. |
---|