Catan cat air Sharifah Zuriah Aljeffri tahun 1978 hingga 2002 / Siti Syamimah Nangen

Tesis ini merupakan sebuah kajian latar belakang seorang pelukis wanita tempatan yang merupakan seorang ahli seni sejati. Beliau merupakan tokoh masyarakat, idola dan perintis dalam bidangnya, iaitu catan cat air. Selain itu kajian ditumpukan juga kepada 10 karya-karya beliau yang dipilih dari ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nangen, Siti Syamimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14432/1/TD_SITI%20SYAMIMAH%20NANGEN%20AD%2003_5.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini merupakan sebuah kajian latar belakang seorang pelukis wanita tempatan yang merupakan seorang ahli seni sejati. Beliau merupakan tokoh masyarakat, idola dan perintis dalam bidangnya, iaitu catan cat air. Selain itu kajian ditumpukan juga kepada 10 karya-karya beliau yang dipilih dari tahun 1978 hingga 2002. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang peribadi dan kehidupan Sharifah Zuriah Aljeffri sebagai seorang pelukis merangkap seorang aktivis masyarakat.Tujuan kedua ialah untuk mengkaji tentang teknik, bahan yang digunakan serta nilai dan falsafah yang terdapat dalam 10 buah catan cat air Sharifah Zuriah Aljeffri yang dipilih dari tahun 1978 hingga 2002. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah kaedah temubual dan kaedah analisis karya. Kaedah temubual dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh yang dikaji, iaitu Sharifah Zuriah Aljeffri. Soalan yang diajukan kepada tokoh semasa temubual dijalankan adalah berkenaan dengan biografi diri beliau, latar belakang beliau, sejarah penglibatan beliau dalam arena seni lukis catan cat air serta apakah karya berkenaan dengan karya-karya beliau. Temubual telah diadakan di rumah beliau yang terletak di Bandar Utama Damansara. Kaedah analisisi karya pula digunakan untuk mengupas faktor-faktor yang menyebabkan karya-karya beliau kelihatan, berkesan serta untuk mengkaji fa1safah-falsafah yang disampaikan melalui karya-karya Puan Sharifah Zuriah Aljeffri. Karya-karya yang terpilih dalam tahun 1978 hingga 2002 sahaja yang akan dianalisa Setelah membuat kajian dan perbincangan mengenai tajuk yang dipilih ini, rumusan yang dapat dibuat adalah tokoh yang dipilih iaitu Sharifah Zuriah Aljeffri, merupakan antara wanita Melayu yang melukis dengan menggunakan lukisan dan teknik berus Cina. Pada tahun-tahun awal pembabitan Sharifah Zuriah dalam senilukis ini iaitu antara tahun 1978 hingga 1980-an, lukisan-lukisan yang beliau hasilkan banyak menggunakan konsep dan tema lukisan berus Cina yang jelas. Namun pada tahun 1990-an, subjek yang digunakan oleh Sharifah Zuriah mula menampakkan perbezaan. Dari menggunakan subjek-subjek alam semulajadi dan alam sekitar yang merupakan subjek utama lukisan berus Cina beliau mula beralih kepada lukisan yang menggunakan subjek yang lebih universal dengan tema yang lebih kepada unsur-UllSur sosial yang berlaku di sekeliling beliau. Teknik yang digunakan pada kebanyakan lukisan tokoh pula adalah teknik lukisan berus Cina. lui dapat dilihat pada penggunaan bahan, gaya, 'stroke' dan juga teknik. lni terjadi kerana Sharifah Zuriah mendapat pendidikan awallukisan menerusi gurunya iaitu seorang yang berbangsa Cina. Melalui teknik lukisan berus Cina inilah Sharifah Zuriah berkarya dengan berbagai-bagai jenis bahan dan kertas.Dari segi nilai pula, setiap karya Sharifah Zuriah mempunyai falsafah dan nilai yang tersendiri. Daripada menyampaikan pesanan mengenai kecantikan alam semulajadi, pemandangan laut, hutan dan juga burung-burung serta tumbuhan, beliau juga menyampaikan mesej yang lebih universal iaitu mesej kedamaian antara sesama manusia dan peperangan