Satu tinjauan budaya pemakaian seluar jeans di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara Kampus Alor Gajah, Melaka (kesan dan pengaruh) / Abd. Razak Abd. Rahman

Mutakhir ini polemik demi polemik (perbahasan, perdebatan) berhubung isu keruntuhan akhlak remaja di negara kita semakin hangat diperkatakan. Budaya berpeleseran, hedonisme, vandalisme sehinggalah kepada peniruan cara berpakaian yang kebaratan menjadi topik perbualan di kalangan masyarakat.Cara berp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Rahman, Abd. Razak
Format: Thesis
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14684/1/TD_ABDUL%20RAZAK%20ABDUL%20RAHMAN%20AD%2000_5.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mutakhir ini polemik demi polemik (perbahasan, perdebatan) berhubung isu keruntuhan akhlak remaja di negara kita semakin hangat diperkatakan. Budaya berpeleseran, hedonisme, vandalisme sehinggalah kepada peniruan cara berpakaian yang kebaratan menjadi topik perbualan di kalangan masyarakat.Cara berpakaian yang ditiru daripada barat telah dianggap sebagai satu ancaman kepada penyerapan dan pengukuhan Islam dan jatidiri budaya tempatan. Sebagai contoh, pemakaian seluar jeans yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja tempatan telah menimbulkan pelbagai andaian dan tafsiran berhubung dengan akhlak dan tingkah laku kepada pemakainya. Namun begitu, budaya pemakaian seluar jeans ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja yang telah menamatkan alam persekolahan malah telah menjadi satu budaya yang semakin diterima dan mendapat tempat di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti tempatan tidak terkecuali di Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka sendiri. Menyedari hakikat ini, penulis berasa terpanggil untuk mendekati dan mencari jawapan serta permasalahan yang timbul berkaitan sejauh mana pemakaian seluar jeans telah menjadi satu budaya di kalangan penuntut universiti tempatan khususnya di Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka. Selain itu, penulis juga ingin mengetahui sejauh mana pembudayaan pemakaian seluar jeans ini boleh memberikan kesan ke atas peraturan dan undang-undang berhubung aspek sahsiah rupa diri pelajar UiTM yang te1ah dikuatkuasakan selama ini. Di dalam kajian ini, penulis juga ingin mengenalpasti kesan pembudayaan pemakaian seluar jeans di UiTM Kampus AIor Gajah, Melaka dari sudut pandangan dan nilai persepsi di kalangan semua pihak seperti penuntut siswa dan siswi UiTM sendiri selain pihak pentadbiran, warga kerja UiTM, tokoh tertentu, warga pensyarah, unit keselamatan, ibu bapa serta masyarakat Iuar yang berhampiran. Di samping itu, penulis juga ingin mendapatkan kepastian sejauh mana benamya pembudayaan pemakaian seluar jeans ini memberikan kesan sampingan ke atas kesihatan pemakainya.