Peranan seni reka grafik dalam promosi Tahun Melawat Selangor 2000 kajian kes : media cetak / Nazlinda Mahamud
Tujuan penyelidikan: Penyelidikan tesis ini bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai strategi kerajaan Selangor dan badan terlibat yang terbabit dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2000 melalui seni reka grafik serta kepentingannya dalam media cetak di dalam negara. Melalui penyelidik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14719/1/TD_NAZLINDA%20MAHAMUD%20AD%2000_5.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan penyelidikan: Penyelidikan tesis ini bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai strategi kerajaan Selangor dan badan terlibat yang terbabit dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2000 melalui seni reka grafik serta kepentingannya dalam media cetak di dalam negara. Melalui penyelidikan ini kita dapat mengetahui cara; strategi serta pengolahan dan pengaplikasian seni reka grafik dalam media cetak bagi menjayakan promosi untuk Tahun Melawat Selangor 2000 yang diusahakan di dalam negara. Usaha-usaha kerajaan Selangor uutuk menjadikan usaha mereka memasarkan industri pelancongan di Selangor mencapai realiti kejayaan Tahun Melawat Selangor 2000 juga dapat dicungkil untuk pengetahuan dan kebaikan bersama. Kesignifikan penyelidikan: Setiap penyelidikan mempunyai kepentingannya. Ia memberi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri lain dalam strategi mempromosikan Tahun Melawat di negeri masing-masing untuk promosi di dalam negara. Pelajar-pelajar grafik di institut pengajian tinggi juga mendapat manfaat dan maklumat. Ia juga menjadi garis petunjuk dan panduan kepada pereka-pereka grafik dalam penghasilan strategi promosi berkaitan seni reka grafik yang berkesan. Manfaat juga diperolehi oleh agensi-agensi yang terlibat dalam industri pelaneongan dalam penghasilan strategi untuk menarik para pelancong. Kaedah dan metodologi: Penulis telah menjalankan penyelidikan ini menerusi dua kaedah dan prosidur, iaitu kaedah penyoalan dan kaedah penyelidikan untuk mendapatkan maklumat. Bagi kaedah penyoalan iaitu melalui temubual, penulis telah menemubual responden-responden yang terlibat dalam strategi promosi Tahun Melawat Selangor 2000. Kesemua responden ditemubual mengikut kepentingan masing-masing dalam promosi Tahun Melawat Selangor 2000 melibatkan media cetak melalui peranan seni reka grafik. Responden-responden yang telah ditemubual antaranya penggerak promosi Tahun Melawat Selangor 2000, iaitu Encik Khaldun Bin Mohd. Redza, Ketua Bahagian Promosi dan Pemasaran TMS 2000 Sdn. Bhd., dan badan-badan yang dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan promosi dalam media cetak Tahun Melawat Selangor 2000 dalam sem reka grafik. Selain kaedah temubual, penulis juga telah menjalankan analisis secara pemerhatian mengenai apa yang telab berlaku dan apa yang sedang dan akan berlaku dalam promosi Tabun Melawat Selangor 2000 membabitkan penggunaan seni reka grafik dalam media cetak. Penulis telab melawat sekitar tempat-tempat di mana strategi-strategi promosi dijalankan; dan membuat tinjauan mengenai bahan-baban promosi dalam media cetak contohnya logo, bunting, poster, risalah-risalah dan sebagainya. Pemerhatian melalui pembacaan dalam kaedah sekunder juga dilakukan, contohnya melalui majalah, internet, buku, keratan akhbar dan sebagainya. Rumusan: Sebagai rumusan, negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang unik dan menarik. Ini di dokong dengan peranan pihak kerajaan negeri Selangor yang bukan sahaja ingin menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri perindustrian tetapi juga sebagai sebuah negeri pelancongan dan rekreasi. Di samping mempunyai prasarana yang baik untuk pertumbuhan sektor perindustrian, Selangor juga mempunyai beberapa tempat yang menarik dan berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Ini memandangkan sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang kepada sumber pendapatan negeri. Justeru itu, tahun 2000 telah dipilih sebagai tahun yang sesuai bagi Selangor untuk mempromosi industri pelancongan dengan lebih fokus dan sistematik. Promosi melalui media cetak yang berkesan dapat mencapai realiti yang diharapkan dan menarik kehadiran pelawat dan pelancong ke Selangor bersempena Tahun Melawat Selangor 2000. Usaha yang berterusan dalam menghasilkan ciri-ciri rekaan yang baik dalam media cetak melalui seni reka grafik untuk Tahun Melawat Selangor 2000 dapat menjanjikan pulangan yang baik buat kerajaan Selangor dan kejayaan promosi melalui media cetak yang dijalankan, khususnya untuk tujuan promosi di dalam negara. |
---|