Pengekalan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dalam mempertingkatkan imej bandar Melaka sebagai destinasi pelancongan / Mohamad Fauzi Ahmad

Kajian yang dijalankan adalah mengenai penggunaan pendekatan pengekalan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya bersejarah Melaka agar bangunan-bangunan tersebut menjadi khazanah warisan bangsa dan negara. Langkah ini dapat mengurangkan pembangunan bandar yang terlalu pes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Mohamad Fauzi
Format: Thesis
Language:English
Published: 1992
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2553/1/2553.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah mengenai penggunaan pendekatan pengekalan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya bersejarah Melaka agar bangunan-bangunan tersebut menjadi khazanah warisan bangsa dan negara. Langkah ini dapat mengurangkan pembangunan bandar yang terlalu pesat di kawasan bandar kerana pada masa sekarang, tiada polisi mahupun garis panduan yang khusus dalam pengekalan dan perlindungan bangunan sejarah. Oleh itu untuk mendapatkan kefahaman yang luas mengenai pendekatan ini, bahan-bahan bacaan terutaraa yang menerangkan konsep pengekalan dan pemuliharaan di United Kingdom dan negara ini diambil untuk dibuat perbandingan. Setelah pihak pengkaji mengetahui konsep pengekalan dan pemuliharaan maka kajian di lapangan dijalankan. Kajian berbentuk primer dan sekunder menjadi maklumat utama dalam mengumpulkan data kepada kajian ini. Kajian yang dijalankan ini berkisar kepada elemen-elemen bandaraya bersejarah Melaka terutama rupabentuk bandar, bangunan bersejarah, unik dan menerangkan warisan sesuatu bangsa serta aktiviti yang dijana oleh pengunjung. Segala elemen-elemen ini akan dikaji secara terperinci dari segi perkaitannya dengan', bandar Melaka keseluruhannya dan kepada industri pelancoragan khususnya. Kemudian dari penganalisaan ini isu dan masalah akan dikenalpasti untuk dijadikan asas kepada pembentuka.n cadangan ataupun gar is pandua. Pada perihgkat akhirnya polisi dan cadangan akan dibentuk berdasarkan penemuan yang diperolehi semasa kajian tapak. Polisi dan cadangan ini' dibentuk untuk memperbaiki keadaan yang kurang memuaskan agar bangunan-bangunan atau kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pemuliharaan dapat dipelihara dengan Sokongan dari polisi atau garis panduan yang menyeluruh.