Operasi penyelenggaraan muzium / Norlida Mohd Nooh

Muzium merupakan satu tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan-bahan bersejarah untuk dipamerkan kepada umum. la merupakan satu tempat yang terdapat banyak pengetahuan dan pelajaran mengenai bahan-bahan bersejarah bagi menjalankan kajian. Penyelenggaraan muzium sangat penting kerana bangunan dan kem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nooh, Norlida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26184/3/26184.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Muzium merupakan satu tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan-bahan bersejarah untuk dipamerkan kepada umum. la merupakan satu tempat yang terdapat banyak pengetahuan dan pelajaran mengenai bahan-bahan bersejarah bagi menjalankan kajian. Penyelenggaraan muzium sangat penting kerana bangunan dan kemudahan muzium mestilah di jaga serta dipelihara bagi memanjangkan jangka hayatnya. Penyelenggaraan bangunan merupakan satu kaedah yang biasa dilaksanakan mengikut perancangan tertentu. Bagi mengetahui dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan muzium tajuk disertasi yang dipilih ialah' Operasi Penyelenggaraan Muzium'. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui jenis dan kaedah penyelenggaraan muzium, mengenalpasti tahap operasi dan keberkesanan penyelenggaraan muzium, dan memberi cadangan atau pendapat bagi meningkatkan operasi penyelenggaraan muzium. Analisa dibuat bagi mencapai objektif yang dikaji berdasarkan ketiga-tiga jenis muzium yang dinyatakan. Oleh itu, bagi memahami dengan jelas dan terperinci mengenai operasi penyelengaraan muzium, ulasan dibuat bagi memperkenalkan muzium, kaedah dan parti yang terlibat dalam penyelenggaraan sebelum kajian kes dipilih. Muzium Negara Kuala Lumpur, Muzium Negeri Terengganu dan Muzium Daerah Kuala Selangor merupakan tiga jenis muzium yang dipilih sebagai kajian kes. Kaedah pengumpulan data dan maklumat diperolehi melalui pemerhatian, temu bual secara tidak formal dan borang kaji selidik. Kesimpulan dibuat berdasarkan hasil kajian yang dijalankan. Akhir sekali, cadangan dibuat bagi menyelesaikan masalah yang terdapat pada ketiga-tiga jenis muzium tersebut.