Operasi penyelenggaraan muzium / Norlida Mohd Nooh

Muzium merupakan satu tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan-bahan bersejarah untuk dipamerkan kepada umum. la merupakan satu tempat yang terdapat banyak pengetahuan dan pelajaran mengenai bahan-bahan bersejarah bagi menjalankan kajian. Penyelenggaraan muzium sangat penting kerana bangunan dan kem...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Nooh, Norlida
格式: Thesis
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26184/3/26184.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Muzium merupakan satu tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan-bahan bersejarah untuk dipamerkan kepada umum. la merupakan satu tempat yang terdapat banyak pengetahuan dan pelajaran mengenai bahan-bahan bersejarah bagi menjalankan kajian. Penyelenggaraan muzium sangat penting kerana bangunan dan kemudahan muzium mestilah di jaga serta dipelihara bagi memanjangkan jangka hayatnya. Penyelenggaraan bangunan merupakan satu kaedah yang biasa dilaksanakan mengikut perancangan tertentu. Bagi mengetahui dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan muzium tajuk disertasi yang dipilih ialah' Operasi Penyelenggaraan Muzium'. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui jenis dan kaedah penyelenggaraan muzium, mengenalpasti tahap operasi dan keberkesanan penyelenggaraan muzium, dan memberi cadangan atau pendapat bagi meningkatkan operasi penyelenggaraan muzium. Analisa dibuat bagi mencapai objektif yang dikaji berdasarkan ketiga-tiga jenis muzium yang dinyatakan. Oleh itu, bagi memahami dengan jelas dan terperinci mengenai operasi penyelengaraan muzium, ulasan dibuat bagi memperkenalkan muzium, kaedah dan parti yang terlibat dalam penyelenggaraan sebelum kajian kes dipilih. Muzium Negara Kuala Lumpur, Muzium Negeri Terengganu dan Muzium Daerah Kuala Selangor merupakan tiga jenis muzium yang dipilih sebagai kajian kes. Kaedah pengumpulan data dan maklumat diperolehi melalui pemerhatian, temu bual secara tidak formal dan borang kaji selidik. Kesimpulan dibuat berdasarkan hasil kajian yang dijalankan. Akhir sekali, cadangan dibuat bagi menyelesaikan masalah yang terdapat pada ketiga-tiga jenis muzium tersebut.