Laluan melepaskan diri di resort (kes kajian: Impiana Resort, Cherating dan Duta Palm Resort, Rawang) / Aslida Omar

Keselamatan adalah prinsip yang paling penting dalam aspek perlindungan kebakaran bagi sesebuah bangunan. Jika sesebuah bangunan itu terbakar, kesan bahaya yang paling utama ialah penghuni bangunan dan perlindungan kebakaran kepada struktur mula difikirkan. Untuk itu, sistem laluan kebakaran pada se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Aslida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26431/2/26431.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan adalah prinsip yang paling penting dalam aspek perlindungan kebakaran bagi sesebuah bangunan. Jika sesebuah bangunan itu terbakar, kesan bahaya yang paling utama ialah penghuni bangunan dan perlindungan kebakaran kepada struktur mula difikirkan. Untuk itu, sistem laluan kebakaran pada sesebuah bangunan adalah sangat perlu. Resort seperti juga hotel yang menawarkan kemudahan tempat tinggal serta beberapa kemudahan lain kepada para pengunjung mempunyai risiko untuk terbakar. Dalam satu-satu masa tertentu, jumlah penghuni resort meningkat terutamanya pada musim-musim percutian. Oleh itu, risiko kebakaran perlulah menjadi agenda utama dalam perancangan rekabentuk bagi sistem pencegahan kebakaran seperti laiuan melepaskan diri. Walaupun tiada peristiwa kebakaran yang berlaku di resort sehingga kini, namun langkah pencegahan perlu diambil. Seharusnya terdapat sistem jalan keluar disediakan bagi mengelakkan penghuni terperangkap dalam kebakaran. Jika dilihat kepada jumlah kematian akibat kebakaran'-pada tahun 1995 merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini. Pelbagai langkah serta teknik bersepadu telah diambil oleh pihak bomba dalam mengurangi kebakaran di Malaysia namun kes-kes kebakaran terus meningkat. Ramai orang tidak sedar bahawa satu sistem laluan keluar yang baik dapat membantu dalam mengurangi bahaya kebakaran. Justeru itu, fokus utama dissertasi ini ialah untuk melihat aplikasi sistem jalan keluar di sesebuah resort ketika kebakaran sama ada mampu memberikan keselamatan kepada penghuni atau tidak. Ini kerana kadangkala pihak professional yang terlibat dalam proses rekabentuk tidak mengambil kira aspek laluan keluar serta kehendak perundangan. Kebakaran mungkin boleh diatasi jika pihak-pihak terlibat mematuhi peraturan serta kehendak-kehendak perundangan. Aplikasi laluan keluar di sesebuah resort sangat penting kerana bangunan seperti ini mempunyai sistem rekabentuk yang agak rumit berbanding bangunan lain. Dengan adanya sistem laluan yang baik, penghuni mungkin boleh menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak.