Kajian ke atas nilai kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina / Norsuzilawati Abdul Malek

Penilaian kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina merupakan suatu proses yang mana pihak kontraktor menggunakan peratusan pembaziran yang sesuai atau telah ditetapkan oleh pihak syarikat semasa memasukkan harga tender. Penilaian kadar pembaziran ini mungkin djdapati daripada pengalaman lepas ten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Malek, Norsuzilawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26446/2/26446.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina merupakan suatu proses yang mana pihak kontraktor menggunakan peratusan pembaziran yang sesuai atau telah ditetapkan oleh pihak syarikat semasa memasukkan harga tender. Penilaian kadar pembaziran ini mungkin djdapati daripada pengalaman lepas tentang bahan binaan atau dari beberapa pengarang buku atau hanya dengan menganggarkan kemungkinan pembaziran yang difikirkan- berlaku. Kadar yang mereka perolehi dari sumber tadi mungkin ada antaranya adalah tepat tetapi kebanyakan nilai kadar ini tidak mempunyai bukti yang praktikal. Ini menyebabkan nilai kadar yang digunakan didapati kurang atau terlebih untuk menanggung keadaan sebenarnya. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan kadar pembaziran bahan di tapak bina ini berbeza-beza. Di antaranya disebabkan oleh jenis pembaziran itu sendiri, iaitu samada pembaziran secara langsung dan tidak langsung Pembaziran secara langsung boleh didefinisikan sebagai pembaziran yang melibatkan kerugian dalam bentuk fizikal bahan manakala pembaziran tidak langsung menerangkan pembaziran yang melibatkan penggunaan bahan yang mana pihak kontraktor tidak layak untuk memohon sebarang gantirugi. Di dalam dissertasi ini bebetapa tapak bina telah dipilih untuk dijadikan kajian kes. Antaranya ialah Majulia Sdn. Bhd, Selangor Industrial Corporation, L’grande Development Sdn. Bhd, PKNS Engeneering and Construction Bhd, HSA Gemilang Sdn. Bhd, Taming Bhd, Sungei Wei Construction, Kumpulan Sakata Sdn Bhd, Bina Alam Bersatu Sedn Bhd. Dan Mercumaju Sdn. Bhd. Oleh yang demikian, apa yang wajar dilakukan ialah sistem pengurusan yang teratur dan kaedah yang teliti perlu dititikberatkan agar dapat memberi suatu pandangan yang positif, maka hasilnya masalah pembaziran bahan binaan dapat ditangani.