Kajian perlaksanaan sistem pengurusan maklumat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang / Abdul Rahman Yakop

Peranan maklumat dalam sesuatu organisasi moden pada masa ini tidak boleh diperkecilkan. Kejituan dan ketepatan maklumat-maklumat yang dihasilkan boleh membantu mendapatkan keputusan yang baik dan tepat. Banyak teknologi baru telah dipraktikkan dan diperkenalkan bagi menangani pelbagai permasalahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yakop, Abdul Rahman
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26775/2/26775.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan maklumat dalam sesuatu organisasi moden pada masa ini tidak boleh diperkecilkan. Kejituan dan ketepatan maklumat-maklumat yang dihasilkan boleh membantu mendapatkan keputusan yang baik dan tepat. Banyak teknologi baru telah dipraktikkan dan diperkenalkan bagi menangani pelbagai permasalahan sama ada dalam bidang pentadbiran, komunikasi, perubatan, pertanian dan juga pelancongan. Kemudahan teknologi maklumat di dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di lapangan-lapangan terbang juga dapat membantu menghasilkan pengurusan yang cekap dan efektif dan ini membolehkan negara membangun mengikut peredaran masa. Dan disebabkan itulah maka keperluan teknologi baru yang moden dan canggih amat penting kepada sesebuah negara. Kajian ini dilakukan memandangkan peranan IT kini menjadi semakin penting dan untuk memberi gambaran dan pengetahuan mengenai sistem maklumat secara berpusat yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. la merupakan satu sistem yang kompleks dengan menggunakan peralatan canggih serta bersambungan dengan pelbagai jenis sistem elektronik yang terdapat di lapangan terbang. Beberapa sesi temubual telah dijalankan dengan pegawai dan kakitangan yang terlibat di samping tinjauan dan pemerhatian telah dibuat ke kawasan kes kajian tersebut. Beberapa buah buku, dokumen, risalah dan akhbar telah dijadikan panduan untuk kajian ini. Soalan kajiselidik juga telah diedarkan kepada kakitangan yang terlibat untuk dianalisa masalah dan isu yang berkaitan. Daripada segala analisa yang telah dibuat dapatlah disimpulkan bahawa sistem pengurusan maklumat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang belum mencapai tahap kesempurnaan perlaksanaannya. Tinjauan dan kajian yang dibuat ke atas kakitangan mendapati bahawa keseluruhannya memerlukan lagi latihan yang cukup bagi menyesuaikan diri dengan perlaksanaan sistem meklumat tersebut. Dari itu, perlaksanaan secara berperingkat-peringkat bagi menjamin kelancaran pengendaliannya dan seterusnya melicinkan perjalanan operasi di lapangan terbang terutama memberi keselesaan dan keselamatan kepada para penumpang. Akhir sekali, beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki masalah yang timbul dalam menjalankan pengurusan sistem maklumat di lapangan terbang kajian. Di samping itu juga beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi pengurusan sistem maklumat yang sedia ada.