Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan malaysia. Kes studi: Kumpulan Raihan / Nur Fardilla Nadia Abu Bakar

Kajian ini mengandungi gambaran serta keterangan mengenai "Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan Malaysia: Kes studi : Kumpulan Raihan". Untuk menyiapkan tesis ini, penulis telah membahagikan setiap tajuk kepada beberapa bab. Segala maklumat dan keterangan ditentukan oleh penulis dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Nur Fardilla Nadia
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/2/28070.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengandungi gambaran serta keterangan mengenai "Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan Malaysia: Kes studi : Kumpulan Raihan". Untuk menyiapkan tesis ini, penulis telah membahagikan setiap tajuk kepada beberapa bab. Segala maklumat dan keterangan ditentukan oleh penulis dan diletakkan mengikut susunan bab-bab yang telah dibahagikan. Penulis juga telah melampirkan sekali soalan-soalan yang diajukan kepada individu yang berkaitan dengan tajuk dan ini sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Selain daripada itu, pembaca juga boleh merujuk isi kandungan yang telah disediakan oleh penulis bagi memudahkan lagi pembacaan. Penyelidikan dan segala maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis adalah dibuat atas sebab rasa tanggungjawab dan prihatin penulis terhadap muzik nasyid di industri hiburan tanahair dan penulis juga ingin berkongsi apakah rahsia-rahsia kejayaan kumpulan Raihan sehingga mereka begitu dipuja dan diangkat sehingga di mata. Penulis juga ingin berkongsi bersama pembaca apakah peranan syarikat rakaman Warner Music dalam mempromosikan dan memasarkan kumpulan Raihan dan album Puji-pujian sehingga mencatat penjualan sebanyak 650,000 unit. Setidak-tidaknya ia dapat dijadikan rujukan dan manfaat kepada individu, artis atau syarikat rakaman yang lain agar mengambil langkah sama yang diambil oleh mereka ini. Penulis juga ingin berkongsi pandangan dan pendapat masyarakat, media cetak dan elektronik tentang keistimewaan kumpulan Raihan dan album Puji-pujian ini.