Pendekatan pengekalan fasad rumah kedai bersejarah untuk pelaburan kes kajian: plaza warisan / Hazirah Yahaya

Aktiviti pengekalan dan pemuliharaan bangunan lama di Malaysia masihlagi tidak begitu dikenali ramai tetapi Kerajaan Pusat terutamanya telah mula menampilkan sikap positif terhadap aktiviti tersebut. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang diberi dibawah Rancangan Malaysia Keenam.Walaupun begitu a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Hazirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2817/1/2817.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti pengekalan dan pemuliharaan bangunan lama di Malaysia masihlagi tidak begitu dikenali ramai tetapi Kerajaan Pusat terutamanya telah mula menampilkan sikap positif terhadap aktiviti tersebut. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang diberi dibawah Rancangan Malaysia Keenam.Walaupun begitu aktiviti yang telah dikendalikan masih lagi tidak begitu aktif. Keadaan ini baru saja bermula setelah banyak warisan tinggalan negara telah dirobohkan akibat perkembangan pembangunan.Perkembangan pembangunan ini mula menular dan membawa Bersama teknologi baru yang boleh menghancur dan mengenepikan warisan tersebut. Pembangunan yang pesat dengan penggunaan teknologi moden boleh mengakibatkan pupusnya identiti asal negara yang membentuk imej sesebuah bandar. Teknologi moden pada asasnya amatlah penting tetapi ia mestilah bersesuaian dengan keadaan atau digunakan untuk membina kembali serta memperbaiki bangunan lama. Bangunan ini banyak menyimpan rahsia sejarah perkembangan senibina negara dengan pengaruh daripada berbagai - bagai etnik.