Relationship between school principal's facilitator style and ICT Utilization among secondary school teachers / Mazzuana Mohammad Mathias

Sejak 2011, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan di dalam sekolahsekolah di Malaysia untuk memantapkan sistem pentaksiran. Sebagai pemacu utama di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru memainkan peranan penting untuk menyediakan diri dengan ilmu dan pemahaman dalam bidang pent...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohammad Mathias, Mazzuana
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37376/1/37376.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Sejak 2011, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan di dalam sekolahsekolah di Malaysia untuk memantapkan sistem pentaksiran. Sebagai pemacu utama di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru memainkan peranan penting untuk menyediakan diri dengan ilmu dan pemahaman dalam bidang pentaksiran termasuk PBS. Oleh itu, kajian ini melihat kepada Pengetahuan Guru di kalangan guru-guru Sains Menengah di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji gambaran faedah dan cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam kelas Sains. Kajian ini melibatkan sebanyak 66 Guru Sains Menengah Rendah yang mengajar di 6 buah sekolah menengah yang terletak di Bahagian Sri Aman di Sarawak. Data diperolehi menggunakan soal-selidik dan temuduga separa struktur bersama 6 orang guru. Dapatan kajian mendapati guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan memuaskan tentang definisi dan terminologi PBS. Guru-guru juga didapati mempunyai tahap pengetahuan dan pemahaman yang sederhana dan memuaskan didalam aspek merancang, melaksanakan, menyediakan skor di dalam PBS. Walaubagaimanapun, dapatan menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan pemahaman yang rendah dalam memahami pentaksiran secara umum. Melalui Ujian- Inferensi menggunakan Ujian-t Sampel Bebas, didapati tahap pengetahuan dan pemahaman guru-guru Sains tidak dipengaruhi oleh jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan yang ditunjukkan di dalam pengetahuan dan pemahaman guru melibatkan guru baru dan guru yang berpengalaman. Guru yang berpengalaman menunjukkan signifikan yang serta tahap pengetahun dan pemahaman yang lebih tinggi di dalam aspek penskoran dan pelaporan PBS. Selain daripada itu, guru-guru menekankan bahawa pelaksanaan PBS membantu meningkatkan pembelajaran pelajar dan kompetensi guru. Guru-guru walaubagaimanapun mendapati bahawa pelaksanaan PBS meningkatkan bebanan kerja mereka dan kekangan masa merupakan masalah utama yang dihadapi. Dengan mengambil kiradapatan kajian ini agar seiring dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), guru-guru hendaklah didedahkan dengan latihan pentaksiran yang mencukupi. Guru-guru juga perlu menyertai latihan pembangunan profesional yang berterusan untuk memastikan mereka peka dan bermotivasi dalam melaksanakan PBS. Dengan itu, maka pelaksanaan PBS yang lebih sempuma diharapkan memberi manfaat kepada semua guru.