Pembangunan prototaip aplikasi multimedia interaktif Bahasa Arab tahun satu / Hazrati Yahaya

Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran tambahan yang diajar di sekolah rendah. Pendedahan bahasa Arab sejak awal pendidikan amat penting bagi menyemai minat dan rasa seronok dalam mempelajari asas-asas bahasa Arab seterusnya dapat menguasai kemahiran berbahasa Arab. Namun hasil kajian yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Hazrati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37669/1/37669.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran tambahan yang diajar di sekolah rendah. Pendedahan bahasa Arab sejak awal pendidikan amat penting bagi menyemai minat dan rasa seronok dalam mempelajari asas-asas bahasa Arab seterusnya dapat menguasai kemahiran berbahasa Arab. Namun hasil kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terdahulu mendapati penguasaan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang lemah. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa perkara antaranya ialah sistem pendidikan berasaskan peperiksaan, penggunaan pedagogi pengajaran yang tidak menjurus kepada penguasaan kemahiran bahasa dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta Alat Bantu Mengajar (ABM) kurang digunakan. Sejajar dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan prototaip aplikasi multimedia interaktif bagi mata pelajaran bahasa Arab tahun satu dengan memfokuskan kepada kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Proses pembangunan prototaip aplikasi multimedia ini adalah berdasarkan model reka bentuk instruksi Hanafin & Peck (1988) sebagai panduan aliran kerja dengan sedikit pengubahsuaian. Dapatan kajian menunjukkan satu prototaip aplikasi multimedia interaktif bahasa Arab tahun satu berasaskan cakera padat telah dibangunkan. Hasil pembangunan prototaip aplikasi multimedia tersebut dinilai melalui kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Untuk kajian kualitatif, instrumen yang digunakan adalah temu bual berstruktur dan data-data yang diperoleh melalui empat orang pakar pedagogi pengajaran bahasa Arab akan dianalisis secara manual. Manakala bagi kajian kuantitatif, soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data-data yang diperoleh melalui 30 orang guru bahasa Arab akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Oleh itu, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa prototaip aplikasi multimedia interaktif bahasa Arab tahun satu yang dibangunkan perlu penambahbaikkan bagi meningkatkan mutu prototaip aplikasi multimedia tersebut dan penghasilan prototaip aplikasi multimedia tersebut juga dapat membantu murid tahun satu dalam mempertingkatkan kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur.