Ciri-ciri bahan rujukan dalam tesis kejuruteraan elektrik: satu kajian bibliometrik / Azree Ahmad

Satu penyelidikan menggunakan kaedah bibliometrik telah dilakukan ke atas 145 tesis dalam bidang kejuruteraan elektrik, peringkat ijazah sarjana muda (kepujian), Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Tesis-tesis tersebut ditulis dalam tahun 1991 sehingga tahun 1995. Adalah didapati bahawa tesis terseb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Azree
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39788/1/39788.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu penyelidikan menggunakan kaedah bibliometrik telah dilakukan ke atas 145 tesis dalam bidang kejuruteraan elektrik, peringkat ijazah sarjana muda (kepujian), Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Tesis-tesis tersebut ditulis dalam tahun 1991 sehingga tahun 1995. Adalah didapati bahawa tesis tersebut mempunyai 1590 rujukan. Analisis ke atas 1590 rujukan ini mendapati, penulis tesis lebih kerap merujuk bahan-bahan ilmiah dari luar negara dengan 87.30 % berbanding 5.28 % rujukan yang diterbitkan di Malaysia. Monograf merupakan format bahan ilmiah yang paling kerap dirujuk dengan 52.33 % rujukan. Tempat penerbitan yang paling kerap dirujuk ialah United States dengan 67.67 % rujukan. Usia bahan-bahan ilmiah yang dirujuk di dalam tahun 1991, 1992, 1993, dan 1995 adalah terkini, iaitu mempunyai lebih daripada 42 % rujukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan di antara 0 hingga 5 tahun. Usia bahan-bahan ilmiah yang dirujuk di dalam tahun 1994 adalah agak terkini, iaitu mempunyai hanya 39.52 % rujukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan di antara 0 hingga 5 tahun. Bahasa lnggeris pula merupakan bahasa yang paling kerap dirujuk oleh penulis tesis dengan 92.58 % rujukan. Sebanyak 7.42 % rujukan tidak dapat dikenalpasti.