Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh

Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan "setia" iaitu melihat sejauh mana filem patuh ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Teh, Wan Hasmah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40386/1/40386.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-uitm-ir.40386
record_format uketd_dc
spelling my-uitm-ir.403862021-09-02T02:41:34Z Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh 2014 Wan Teh, Wan Hasmah Collections of general literature Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan "setia" iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel yang dijadikan sumber atau sebaliknya. Kajian ini memperincikan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua medium iaitu novel dan filem bagi membuktikan percantuman antara keduanya pasti menghasilkan karya yang turut berbeza. Terdapat beberapa kaedah adaptasi yang telah dianjurkan oleh sarjana Barat seperti Morris Beja, Geoffrey Wagner, Michael Klein dan Gillian Parker, Dudley Andrew, dan McFarlane. Kebanyakannya mencadangkan agar karya asal dijadikan sumber untuk menghasilkan karya baru atau mengekalkan struktur teks dengan menambah tafsifan yang sesuai atau dalam keadaan tertentu meleraikan sumber teks tersebut. Bagi melihat proses adaptasi yang telah dilakukan oleh pengarah filem, kajian ini mengambil empat buah filem adaptasi dari Malaysia dan empat buah filem adaptasi dari Indonesia. Empat buah filem dari Malaysia adalah "Langit Petang" (1982), "Ranjau Sepanjang Jalan" (1983), "Mira Edora" (1990), dan "Jogho" (1997). Manakala empat buah filem dari Indonesia pula adalah "Salah Asuhan" (1972), "Badai Pasti Berlalu" (1977), "Ayat-Ayat Cinta" (2008), dan "Laskar Pelangi" (2008). Kelapanlapan buah filem tersebut dianalisis berdasarkan proses adaptasi yang telah disebutkan oleh Desmond dan Hawkes (2006) iaitu proses pemotongan, pengekalan, penambahan, dan pengubahsuaian terhadap adegan, tema, watak dan latar yang ingin ditampilkan. Kesemua proses ini menentukan kelas setiap filem tersebut sama ada berada di bawah adaptasi setia, pertengahan atau longgar yang dipadankan dengan kaedah adaptasi Michael Klein dan Gillian Parker (1987) iaitu terjemahan dasar, interpretasi semula dan penghasilan karya seni baru. Dapatan kajian mendapati, pengarah filem lebih banyak menggunakan proses adaptasi pengubahsuaian akhiran cerita kerana didorong oleh hasrat dan harapan untuk memberi makna baru kepada khalayaknya dan dinilai berbeza dari makna novel. Klasifikasi filem adaptasi sebagai setia, pertengahan atau longgar bukan ukuran mutlak untuk memastikan kejayaan atau kegagalan filem tersebut, sebaliknya ditentukan oleh kreativiti pengarah dan krew yang terlibat ketika melakukan adaptasi tersebut. Kajian ini juga mendapati terdapat faktor-faktor lain yang menentukan sambutan penonton terhadap filem adaptasi antaranya populariti novel, tema ringan dan kerjasama baik di antara pengarang dan pengarah bagi mewujudkan persefahaman mengenai proses adaptasi. 2014 Thesis https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40386/ https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40386/1/40386.pdf text en public phd doctoral Universiti Teknologi MARA Faculty of Film, Theatre and Animation Ishak, Solehah (Prof. Dr.)
institution Universiti Teknologi MARA
collection UiTM Institutional Repository
language English
advisor Ishak, Solehah (Prof. Dr.)
topic Collections of general literature
spellingShingle Collections of general literature
Wan Teh, Wan Hasmah
Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
description Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan "setia" iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel yang dijadikan sumber atau sebaliknya. Kajian ini memperincikan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua medium iaitu novel dan filem bagi membuktikan percantuman antara keduanya pasti menghasilkan karya yang turut berbeza. Terdapat beberapa kaedah adaptasi yang telah dianjurkan oleh sarjana Barat seperti Morris Beja, Geoffrey Wagner, Michael Klein dan Gillian Parker, Dudley Andrew, dan McFarlane. Kebanyakannya mencadangkan agar karya asal dijadikan sumber untuk menghasilkan karya baru atau mengekalkan struktur teks dengan menambah tafsifan yang sesuai atau dalam keadaan tertentu meleraikan sumber teks tersebut. Bagi melihat proses adaptasi yang telah dilakukan oleh pengarah filem, kajian ini mengambil empat buah filem adaptasi dari Malaysia dan empat buah filem adaptasi dari Indonesia. Empat buah filem dari Malaysia adalah "Langit Petang" (1982), "Ranjau Sepanjang Jalan" (1983), "Mira Edora" (1990), dan "Jogho" (1997). Manakala empat buah filem dari Indonesia pula adalah "Salah Asuhan" (1972), "Badai Pasti Berlalu" (1977), "Ayat-Ayat Cinta" (2008), dan "Laskar Pelangi" (2008). Kelapanlapan buah filem tersebut dianalisis berdasarkan proses adaptasi yang telah disebutkan oleh Desmond dan Hawkes (2006) iaitu proses pemotongan, pengekalan, penambahan, dan pengubahsuaian terhadap adegan, tema, watak dan latar yang ingin ditampilkan. Kesemua proses ini menentukan kelas setiap filem tersebut sama ada berada di bawah adaptasi setia, pertengahan atau longgar yang dipadankan dengan kaedah adaptasi Michael Klein dan Gillian Parker (1987) iaitu terjemahan dasar, interpretasi semula dan penghasilan karya seni baru. Dapatan kajian mendapati, pengarah filem lebih banyak menggunakan proses adaptasi pengubahsuaian akhiran cerita kerana didorong oleh hasrat dan harapan untuk memberi makna baru kepada khalayaknya dan dinilai berbeza dari makna novel. Klasifikasi filem adaptasi sebagai setia, pertengahan atau longgar bukan ukuran mutlak untuk memastikan kejayaan atau kegagalan filem tersebut, sebaliknya ditentukan oleh kreativiti pengarah dan krew yang terlibat ketika melakukan adaptasi tersebut. Kajian ini juga mendapati terdapat faktor-faktor lain yang menentukan sambutan penonton terhadap filem adaptasi antaranya populariti novel, tema ringan dan kerjasama baik di antara pengarang dan pengarah bagi mewujudkan persefahaman mengenai proses adaptasi.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Wan Teh, Wan Hasmah
author_facet Wan Teh, Wan Hasmah
author_sort Wan Teh, Wan Hasmah
title Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
title_short Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
title_full Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
title_fullStr Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
title_full_unstemmed Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh
title_sort proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari malaysia dan indonesia / wan hasmah wan teh
granting_institution Universiti Teknologi MARA
granting_department Faculty of Film, Theatre and Animation
publishDate 2014
url https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40386/1/40386.pdf
_version_ 1783734577657806848