Jenis-jenis gendang Melayu / Shahriyah Abdul Rashid

Perkataan muzik dikatakan berasal daripada perkataan Yunani - mousike, kemudian diikuti oleh perkataan Latin — musica. Menurut orang Yunani, perkataan mousike itu merangkumi segala kegiatan manusia yang melahirkan rentak irama atau bunyi yang harmoni kerana semua itu dinaungi oleh dewi mereka iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rashid, Shahriyah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41097/1/41097.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkataan muzik dikatakan berasal daripada perkataan Yunani - mousike, kemudian diikuti oleh perkataan Latin — musica. Menurut orang Yunani, perkataan mousike itu merangkumi segala kegiatan manusia yang melahirkan rentak irama atau bunyi yang harmoni kerana semua itu dinaungi oleh dewi mereka iaitu Dewi Muse. Menurut (pengalaman) orang Melayu pula, muzik adalah hasil yang lahir daripada penggunaan segala alat ‘permainan’. (Curt Sachs) Menurut Kamus Dewan (Edisi Baru), muzik bererti gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pemyataan perasaan, bunyi-bunyian. Apabila memperkatakan tentang alat muzik tadisional, segera tergambar difikiran segala macam alat muzik etnik seperti seruling, rebab, gendang dan sebagainya. Apakah gambarangambaran ini tepat? Asal usul alat-alat muzik tradisional ini sebenamya masih lagi dalam kesamaran kerana tiada bukti yang kukuh. Walaubagaimanapun, dapatlah disimpulkan secara amnya bahawa muzik tradisional kita bermula daripada masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuas ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan hentukan kayu. Lamakelamaan mereka semakin maju dan pandai mencipta alat-alat paluan seperti gendang dan alat-alat tiupan seperti seruling dan serunai.