Keberkesanan penggunaan IT dalam membantu pengurusan kontrak-kontrak JKR (modul skala) / Mohd Fadzil Yusoff

Penggunaan IT dalam aspek kehidupan dan pekerjaan memberikan banyak faedah dalam dunia moden hari ini. Faedah yang didapati dari penggunaan IT ini tidak dapat dinafikan. Penggunaannya dalam sektor pekerjaan telah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan dari pihak kerajaan. Justeru itu, IT telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Mohd Fadzil
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41369/1/41369.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan IT dalam aspek kehidupan dan pekerjaan memberikan banyak faedah dalam dunia moden hari ini. Faedah yang didapati dari penggunaan IT ini tidak dapat dinafikan. Penggunaannya dalam sektor pekerjaan telah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan dari pihak kerajaan. Justeru itu, IT telah dijadikan satu agenda untuk pembangunan negara dan akan berterusan untuk masa akan datang. Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan fungsi untuk kemajuan infrastruktur negara, JKR telah mengorak langkah dengan mengambil peluang menggunakan ‘Kuasa IT’ untuk memajuakan pengurusan bagi organisasinya. Dengan menggunakan kepakaran yang ada, pihak pengurusan JKR telah membangunkana Sistem Pengurusan Maklumat Berkomputer (SPMB) yang dinamakan SKALA. Sistem SKALA ini bertujuan untuk pengurusan maklumat kontrak bagi pelaksanaan projek-projek pembinaan JKR. Pengurusan dijalankan bermula dari peringkat permulaan pembinaan sehinggalah kepada peringkat penutupan akaun akhir bagi setiap projek. Pengurusan dijalankan berdasarkan kepada data bagi aktiviti kerja ftzikal pembinaan di tapak bina. Semua data merangkumi aktiviti pengurusan kontrak dan pengesanan terhadap tahap pencapaian serta perbelanjaan bagi projek yang dijalankan.