Pengurusan penyelenggaraan kolej kediaman di UiTM / Mohd Tarowi Yunus

Projek disertasi ini dikcmukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) Jabatan Ukur Bangunan Fakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur Penyelenggaraan bangunan kini dianggap suatu perkara yang amat penting oleh pemilik bangunan mahupun...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Yunus, Mohd Tarowi
格式: Thesis
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45597/1/45597.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Projek disertasi ini dikcmukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) Jabatan Ukur Bangunan Fakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur Penyelenggaraan bangunan kini dianggap suatu perkara yang amat penting oleh pemilik bangunan mahupun sesuatu organisasi dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna bangunan itu sendiri. Kajian ini telah disasarkan kepada pengurusan penyelenggaraan bangunan dalam usaha mengkaji jenis penyelenggaraan serta kaedah perlaksanaannya, mengenalpasti jenis kerosakan bangunan pada bangunan kediaman/kolej kajian, responsif pengguna serta tahap kepuasan pengguna terhadap kerja penyelenggaraan yang dilakukan. Proses kajian melibatkan kajian literatur dalam mendapatkan data-data sekunder daripada buku, jurnal, majalah dan Iain-lain. Kajian kes juga turut dilaksanakan bagi mendapatkan data-data utama. Kajian kes yang dilaksanakan meliputi temubual dan edaran borang soal selidik terhadap staf-staf di Pejabat Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Seksyen Operasi zon H, Unit Pengurusan Kolej serta Pejabat Pengurusan Kolej dan penghuni kolej Mawar, kolej TAR dan Kolej/Blok. Seterusnya data-data yang dikumpulkan akan dianalisa. Hasil kajian, mendapati pihak pengurusan penyelenggaraan yang terlibat di ketiga-tiga kajian kes menjalankan penyelenggaraan terancang, perlaksanaan Sistem Zon dan penyelenggaraan pembaikan yang dilakukan secara kaedah kontrak dan buruh langsung. Kerosakan yang paling kerap berlaku pada bangunan asrama baru ialah kerosakan peralatan tandas. Hasil kajian juga mendapati bahawa tahap kualiti dan masa penyiapan kerja penyelenggaraan adalah memuaskan manakala bagi tempoh masa tindakan diambil setelah aduan dibuat adalah kurang memuaskan.