Revolusi pengedaran filem cereka melalui internet / Mohammad Adam Ismail

Secara amnya, wujudnya empat saluran pengedaran filem cereka di Malaysia, iaitu panggung wayang, televisyen kabel, DVDNCD dan televisyen. Kaedah pengedaran lazim ini menyekat kemasukan pemain baru kerana hanya beberapa pemain utama sahaja yang memonopoli sebahagian besar dari jumlah filem yang dieda...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ismail, Mohammad Adam
格式: Thesis
语言:English
出版: 2013
主题:
在线阅读:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56195/1/56195.PDF
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Secara amnya, wujudnya empat saluran pengedaran filem cereka di Malaysia, iaitu panggung wayang, televisyen kabel, DVDNCD dan televisyen. Kaedah pengedaran lazim ini menyekat kemasukan pemain baru kerana hanya beberapa pemain utama sahaja yang memonopoli sebahagian besar dari jumlah filem yang diedarkan di Malaysia. Satu lagi halangan utama penyertaan pemain baru adalah kos tinggi yang terbabit dalam pengedaran secara fizikal filem cereka di Malaysia. Di Amerika Syarikat dan Eropah, Internet telah muncul sebagai alternatifbaru untuk pengedaran filem cereka oleh syarikat penerbitan filem yang baru. Teknologi digital seperti video streaming, video on demand, near video on demand dan penambah baikan dalam sistem digital rights management telah membenarkan studio Hollywood mengedarkan filem mereka secara maya melalui Internet dengan selamat dan terkawal. Walaupun pengedaran filem cereka melalui Internet masih lagi diperingkat awal, laman web seperti Netflix, Hulu, Jaman, Amazon VOD dan Apple iTunes telah membuktikan bahawa teknologi mampu untuk mencetus satu revolusi dalam kaedah pengedaran filem cereka. Melalui kertas kajian ini, saya akan membentangkan secara amnya beberapa faktor yang menjadi pemangkin revolusi pengedaran filem cereka melalui Internet dan mengenalpasti samada sistem pengedaran baru ini releven dan boleh diguna pakai di Malaysia untuk pengedaran filem cereka tempatan.