Kajian terhadap keperluan maklumat di kalangan pelatih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor Darul Ehsan / Faishal Abdul Razak

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan makJumat di kalangan pelatih di Institut kemahiran Belia Negara, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui jenis-jenis makJumat yang diperlukan, sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat, koleksi-koleksi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak, Faishal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60853/1/60853.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan makJumat di kalangan pelatih di Institut kemahiran Belia Negara, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui jenis-jenis makJumat yang diperlukan, sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat, koleksi-koleksi bahan yang diperlukan, perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan yang diperlukan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam mendapatkan maklumat. Sebanyak 60 set atau borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 56 set telah dikembalikan. Kaedah penganalisaan data yang diadaptasikan ialah deskriptif dan juga had peratusan. Diantara penemuan utama dalam penyelidikan ini ialah selain daripada makJumat akademik/ilmiah, kesemua responden memerlukan maklumat-maklumat lain. Sumber maklumat yang digunakan ialah para pengajar dan rakan-rakan. Koleksi-koleksi yang diperlukan ialah koleksi teknologi maklumat dan koleksi bahan pandang . Perkhidmatan perpustakaan yang diperlukan ialah perkhidmatan fotostat dan perkhidmatan teknologi maklumat. Diantara masalah-masalah yang dihadapi dalam mendapatkan makJumat ialah bahan-bahan tidak 'up-to-date', koleksi tidak lengkap dan waktu perkhidmatan perpustakaan yang tidak konsisten serta penggunaan perpustakaan untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyebabkan perpustakaan ditutup. Pihak pengurusan institut perlu memikirkan tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan supaya dapat memenuhi keperluan maklumat para penggunanya dan mampu bergerak seiring dengan perkembangan dan kemajuan institut.